CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Pulau Pinang] JAS serbu kilang haram kitar semula bateri

[Copy link]
Post time 19-8-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode
JAS serbu kilang haram kitar semula bateri

Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 19, 2022 @ 12:28pm  [email protected]





Sebuah kilang kitar semula bateri ‘kadmium dan lithium’ terpakai yang beroperasi secara haram diserbu JAS Pulau Pinang semalam. Foto ihsan JAS Pulau Pinang




BUKIT MERTAJAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan 93 kompaun berjumlah RM186,000 terhadap sebuah kilang kitar semula bateri 'kadmium dan lithium' terpakai yang beroperasi secara haram di Ara Kuda, dekat sini, semalam.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya melakukan serbuan ke atas premis itu selepas memperoleh maklumat berhubung kewujudan kilang haram di kawasan terbabit.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati premis dipercayai milik warga China itu menjalankan aktiviti pengolahan dan pemerolehan kembali bateri kadmium dan lithium terpakai tanpa lesen terlebih dulu.

"Susulan itu, kita menyita 250 bekas yang mengandungi buangan bateri lithium-kadmium terpakai di kilang terbabit dan mengeluarkan 93 kompaun berjumlah RM186,000.

"Kilang itu juga dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) mengikut Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran serta-merta daripada aktiviti pemanasan dan pembakaran buangan terjadual daripada terus berlaku yang seterusnya boleh mengakibatkan pencemaran udara" katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, siasatan awal mendapati bahan buangan kilang itu dibawa masuk melalui kargo udara.

"Penggunaan kargo udara ini dipercayai bagi mengelak pemeriksaan ketat kontena melalui jalan laut," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18(1) kerana beroperasi tanpa lesen yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 dan atau penjara dua tahun penjara.

"Kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 34A(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu menjalankan aktiviti kitar semula buangan terjadual tanpa mengemukakan laporan Kajian Penilaian Alam Sekitar (EIA) dan memperoleh kelulusan EIA terlebih dulu.

"JAS mengingatkan tindakan tegas akan diambil jika ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan jenayah alam sekitar atau pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan di bawahnya," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049223 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list