CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jangan pandang enteng soal halal, haram

[Copy link]
Post time 19-8-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Jangan pandang enteng soal halal, haram

oleh NURUL HUDA HUSAIN 19 Ogos 2022 09:00am






Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).




KEMUNGKINAN besar umat Islam, khususnya di Pulau Pinang tidak mengetahui ‘rahsia’ sebuah gerai makanan popular dengan nasi ayam dan itik yang diusahakan peniaga Muslim di Sungai Ara sebenarnya tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Bagaimanapun, kesahihan status halal kedai makan tersebut mula dipersoalkan susulan tularnya video dua lelaki Melayu dipercayai pekerja restoran itu dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong untuk mengambil nasi dan menjualnya di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara.

Kegiatan ‘sumbang’ pemilik restoran beragama Islam itu tidak akan diketahui jika tiada pihak yang menularkan video tersebut.

Susulan tularnya video yang mencetuskan kontroversi itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah bertindak segera untuk menjalankan siasatan.

Pemangku Pengarah JHEAIPP, Mohd Hanif Omar @ Wahab dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan pihaknya di satu lagi cawangan gerai berkenaan di pusat beli-belah di Persiaran Gurney juga mendapati ia tidak memiliki SPHM.

Hasil siasatan JHEAIPP bersama Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang turut mendapati makanan yang dimasak di cawangan Persiaran Gurney dibawa untuk dijual di gerai Sungai Ara.

Mohd Hanif berkata, pihaknya telah menasihatkan dua lelaki pemilik gerai berkenaan memohon SPHM daripada JHEAIPP.

Tambahnya lagi, siasatan terhadap restoran nasi ayam dan itik bukan Islam di Paya Terubong juga tidak memiliki SPHM.




Terbongkar
Sebagai umat Islam, kita sememangnya dituntut untuk mencari makanan yang halal kerana ia adalah fardu.

Tuntutan tersebut adalah wajib ke atas setiap Muslim seperti dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.

Sabda Baginda SAW: “Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam.” (Riwayat al-Tabarani).

Apa yang boleh disimpulkan di sini, umat Islam haruslah memilih kedai yang menjual makanan dan minuman yang disahkan memiliki sijil halal.

Berbalik kepada kisah kedai yang menjual nasi ayam dan itik itu, pastinya ramai yang berterima kasih kepada individu yang mengambil video berkenaan.

Jika tidak kerana tularnya video tersebut, mungkin sehingga kini tindakan dua pemuda memasuki kedai Cina berkenaan masih menjadi misteri.

Malah, pihak berkuasa tidak mempunyai petunjuk untuk menjalankan siasatan.

Di sisi yang lain, mungkin kita perlu membuang tanggapan segelintir pihak yang mengatakan perbuatan menularkan sesuatu video di laman sosial bersifat negatif.

Hakikatnya, ia turut membawa kebaikan kerana sekurang-kurangnya dapat membantu pengguna Islam terutamanya yang selama ini tidak tahu atau tidak pernah ambil tahu.

Tindakan sebegini juga secara tidak langsung akan membuatkan pihak yang melakukan kesalahan lebih berhati-hati dalam perbuatan mereka khususnya jika melibatkan kepentingan ramai.

Semoga kontroversi yang berlaku melibatkan pemilik kedai makan itu memberi pengajaran kepada pihak lain agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Kepada peniaga-peniaga terutama beragama Islam, mereka harus sedar dosa yang perlu ditanggung jika menjual makanan tidak diketahui status halalnya kepada pengguna.

Janganlah kerana mahu mengejar keuntungan semata-mata, segala tuntutan agama terutama kewajipan mencari yang halal diketepikan.

Peniaga tidak sepatutnya menipu atau menganiaya orang ramai untuk melariskan jualan, manakala pihak berkuasa diharap dapat menjalankan pemantauan berkala bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan.

* Nurul Huda Hussain ialah wartawan Sinar Harian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.052540 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list