CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 0

'Konsert Billie Eilish jam 8.30 malam, 5 pagi dah tunggu'

[Copy link]
Post time 18-8-2022 05:04 PM | Show all posts |Read mode
'Konsert Billie Eilish jam 8.30 malam, 5 pagi dah tunggu'


Salah satu foto dipercayai Stadium Nasional Bukit Jalil dikongsi Eilish di Instagram (IG), kira-kira empat jam lalu. Foto IG Billie Eilish

KUALA LUMPUR: Penangan konsert Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini menyaksikan peminat tegar bintang elektropop itu sanggup menanti fajar di lokasi ikonik itu, awal pagi tadi, demi mendapatkan 'spot' terbaik menyaksikan idola mereka beraksi depan mata.

Melalui rakaman video di aplikasi TikTok yang tular, sekumpulan remaja sanggup bersengkang mata dan bergegas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, seawal jam 5 pagi untuk beratur dan mengambil giliran.

Difahamkan, seawal jam 5 pagi hingga 10 pagi tadi, ramai peminat tegar Eilish mula berkumpul di laluan tiket bagi mendapatkan 'spot' terbaik terutama bagi pemegang tiket tanpa tempat duduk atau zon berdiri.

Demi penyanyi yang popular dengan lagu Bad Guy itu, peminat sanggup mengambil cuti, bersengkang mata dan berpanas lebih 10 jam sebelum konsert bermula.


Peminat Eilish beratur sejak awal pagi bagi menyaksikan konsert idola mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.


Sejak awal pagi tadi, media sosial mula dibanjiri perkongsian peminat Eilish yang tidak sabar menyaksikan bintang kesayangan mereka beraksi.

Antara rakaman video dikongsi peminat tegar Eilish di TikTok yang menunjukkan mereka 'berkampung' di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak jam 5 pagi untuk mengambil giliran masuk. - Kredit Tiktok constipatedvegetable. pic.twitter.com/xlrGnVNlyV

— Berita Harian (@bharianmy) August 18, 2022

Sementara itu, semakan di Instragram (IG) Eilish mendapati dia memuat naik entri memaparkan beberapa foto persembahan di Asia termasuk di bandaraya ini, kira-kira empat jam lalu.

Eilish berkongsi kapsyen berbunyi:

"Asia setakat ini sangat comel... Jumpa kamu malam ini."

Entri itu mendapat lebih 2.8 juta tanda suka.

Semalam, BH Online melaporkan kehadiran Eilish yang meraih tujuh trofi Anugerah Grammy, menjadi tumpuan peminat ketika bersiar-siar di Bukit Bintang.

Menerusi perkongsian dalam aplikasi TikTok, Eilish dilihat dikelilingi pengawal peribadi, namun, mesra menegur dan membalas lambaian peminat ketika berada di lokasi beli-belah popular itu.

Kelmarin, ketibaan Eilish di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi perhatian apabila peminat yang terserempak dengannya berkongsi dalam laman Twitter.

Malam ini, penyanyi yang mencipta fenomena apabila karyanya dilaporkan distrim lebih 73 bilion dalam tempoh empat tahun, bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi konsert sulung di Malaysia, sempena siri jelajah dunia, Happier Than Ever.

Sejak mencipta nama pada 2015, Eilish yang mempertaruhkan genre muzik elektro pop indie terus mencipta fenomena. Malah, albumnya juga meraih kejayaan luar biasa.

Selain Malaysia, Eilish dilaporkan singgah di beberapa negara jiran sepanjang bulan ini seperti Filipina, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... m-5-pagi-dah-tunggu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044432 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list