CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Kedah] Asrama terbakar, 12 pelajar maahad tahfiz selamat

[Copy link]
Post time 18-8-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Asrama terbakar, 12 pelajar maahad tahfiz selamat

Zuliaty Zulkiffli
[email protected]




Bilik asrama yang menempatkan 12 pelajar lelaki di Maahad Tahfiz Al Abidin yang musnah dalam kebakaran. FOTO IHSAN BOMBA




Pendang: Sebuah bilik asrama yang menempatkan 12 pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al Abidin , Jalan Jenun di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Bagaimanapun kesemua pelajar berusia antara 12 hingga 17 tahun berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian sekitar jam 10 yang menyaksikan bangunan asrama itu musnah 80 peratus.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima laporan berhubung kebakaran itu pada jam 10.28 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang tiba di lokasi untuk memadam kebakaran itu.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran itu berjaya dipadam oleh penghuni asrama dengan menggunakan air paip berhampiran.

"Tindakan pasukan Bomba membuat pemantauan untuk memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya dan keadaan selamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.

Beliau berkata, setakat ini punca kejadian dan kerugian dalam kebakaran itu masih dalam siasatan.


Disiarkan pada: Ogos 18, 2022 @ 2:42pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054373 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list