CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Saya tak ada kaitan dengan gerai nasi ayam Sungai Ara'

[Copy link]
Post time 18-8-2022 11:52 AM | Show all posts |Read mode
'Saya tak ada kaitan dengan gerai nasi ayam Sungai Ara'

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



SUE menunjukkan tangkap layar mengaitkan perniagaannya dengan peniaga nasi ayam dan itik di Sungai Ara. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Bayan Lepas: Penjual nasi lemak RM1 di Persiaran Paya Terubong, Bukit Jambul, di sini, kesal dengan tindakan individu yang mengaitkan dia dengan perniagaan nasi ayam dan itik di Sungai Ara.

Penjual yang mahu dikenali sebagai Sue, 24, berkata, dia mengetahui foto gerai jualan nasi lemaknya tular selepas diberitahu kakak kira-kira 5 petang semalam.

Menurutnya, dia pada mulanya enggan mengambil tahu hal itu kerana mahu menjaga kesihatannya berikutan sedang sarat hamil lapan bulan.

"Tetapi malam tadi makin banyak pula perkongsian di laman sosial dan saya berusaha menghubungi individu yang memuat naik tangkap layar itu menerusi aplikasi 'Messenger' bagi menjelaskan keadaan.

"Saya kesal dan sedih kerana ia ditularkan tanpa usul periksa, sepatutnya mereka datang dan tanya dulu mengenainya.

"Menerusi komen netizen, ada yang mengancam mahu mengambil tindakan terhadap saya dan hari ini saya berniaga dalam ketakutan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, gambar gerainya yang dimuat naik ke laman sosial mendakwa dia adalah peniaga sama menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara.

Sue berkata, dia sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis kerana bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini terutama ketika sedang berniaga.

Katanya, dia tidak mengesyaki sesiapa namun berharap individu itu dapat membersihkan semula namanya.

"Suami saya memang mengenali peniaga nasi ayam dan itik berkenaan namun jangan hanya kerana itu, kami terpalit sama," katanya.

Menurutnya, gerainya baru saja beroperasi lebih sebulan lalu dengan menjual nasi lemak RM1 dan sandwich secara kecil-kecilan.

Katanya, sebelum ini dia bekerja di Shah Alam, Selangor dan berikutan keadaan diri yang sedang sarat mengandung, dia berpindah mengikut suaminya yang bekerja di Pulau Pinang.

"Saya dijangka bersalin pada bulan depan, sementara itu saya berniaga nasi lemak dan dapatlah tambah wang simpanan bagi menyambut bayi yang bakal lahir nanti.

"Sambal ini saya masak pada waktu petang sebelum dipanaskan dua kali bagi jualan esok manakala nasi pula dimasak pada jam 4 pagi dan kesemuanya saya masak sendiri dengan bantuan suami sebelum menjualnya sekitar jam 7 hingga 10 pagi," katanya.

Ahad lalu, tular satu rakaman video memaparkan peniaga nasi ayam di Sungai Ara, menyerahkan perkakasan nasi serta bahan hidangan dari premis mereka kepada sebuah premis bukan Islam di Paya Terubong, di sini.

Gerai jualan di Sungai Ara itu sudah ditutup sementara manakala cawangannya di pusat beli-belah Persiaran Gurney masih beroperasi dan pihak berkuasa sudah mengambil keterangan pemilik serta pekerja gerai nasi ayam dan itik berkenaan.




Disiarkan pada: Ogos 18, 2022 @ 11:45am





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 03:42 PM | Show all posts
habis semua terpalit...tp heran yg 2 laki dgn 2 pompuan tu x viral pun...fb tt etc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.134642 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list