CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Pulau Pinang] 41 rangka dijangka diterima pada 2024

[Copy link]
Post time 18-8-2022 08:59 AM | Show all posts |Read mode
41 rangka dijangka diterima pada 2024

Audrey Dermawan
[email protected]



LOKASI penemuan rangka manusia berusia lebih 5,000 tahun di Guar Kepah, Kepala Batas. FOTO Danial Saad




Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang berusaha membawa pulang semula 41 rangka manusia yang digali di tiga kawasan timbunan cengkerang di Guar Kepah, Kepala Batas untuk pemuliharaan di negeri ini.

Ekskavasi berkenaan dilakukan Ahli Arkeologi British antara 1851 dan 1934 di mana ia kini disimpan di Muzium Natuurhistorisch Kebangsaan di Leiden, Belanda.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Yeoh Soon Hin berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan Jabatan Warisan Negara (JWN) dan pihak berkuasa berkaitan mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini, syarikat Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) selaku pemilik tanah Guar Kepah sudah mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan JWN, bulan lalu untuk membincangkan proses penghantaran pulang rangka berkenaan.

Katanya, susulan pertemuan itu, CMI melalui Unit Arkeologi Pulau Pinang (UANPP) sudah menghubungi Pusat Biodiversiti Naturalis di Leiden untuk menentukan status rangka terbabit.

"Kerajaan negeri menerima maklum balas positif dan delegasi dibenarkan melawat (pusat untuk melihat rangka) jika perlu.

"Tuntutan rangka ini daripada pihak berkuasa Belanda akan diteruskan mengikut dasar yang diumumkan oleh kerajaan Belanda, baru-baru ini.

"Ia juga membabitkan inisiatif untuk mengembalikan artifak budaya era kolonial ke negara asal berdasarkan garis panduan baharu dengan melihat keutamaan diberikan kepada objek yang diambil penjajah," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang sudah menghantar surat kepada Kementerian Luar pada awal bulan ini untuk mendapatkan bantuan dalam mengadakan pertemuan dengan Kedutaan Belanda sebelum pelan tindakan lanjut diambil.

"Kami menjangkakan rangka itu akan diterima pada 2024 selepas Galeri Arkeologi Guar Kepah dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan canggih untuk menyimpan dan memuliharanya.

"Ini boleh dipercepatkan sekiranya ruang yang sesuai, terjamin dan sesuai boleh diwujudkan untuk menyimpan sementara barang berharga ini sehinggalah siapnya Galeri Arkeologi Guar Kepah," katanya kepada New Straits Times (NST).

Yeoh berkata, proses penghantaran pulang itu membabitkan banyak pihak bukan sahaja pakar seperti ahli arkeologi dan penyelidik, malah kurator muzium dan kerajaan asing yang memiliki artifak itu serta rangka kerja undang-undang.

Menurutnya, kerajaan negeri akan meneruskan usaha membawa pulang kesemua rangka itu.

"Dengan adanya rangka itu di Malaysia, ia akan memacu industri arkeologi selain menjadi sumber pendidikan dan penyelidikan yang hebat.

"Kami akan terus memainkan peranan proaktif dalam memelihara dan melindungi warisan budaya kita. Rangka yang ditemui di Malaysia adalah harta budaya negara," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 18, 2022 @ 7:05am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.077793 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list