CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 562|Reply: 0

[Johor] JKNJ tegur syarikat jual roti RM5 di HSI

[Copy link]
Post time 17-8-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar roti sosej dibeli di kedai bakeri HSI yang mahal tular di media sosial. FOTO IHSAN TULAR

Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengeluarkan surat teguran kepada syarikat yang menjual roti yang terlalu mahal di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr Aman Rabu berkata semakan dibuat dan pihaknya mengesahkan isu berkenaan adalah berasas.

Katanya, pihak pengurusan hospital juga sudah mengarahkan pihak terbabit untuk menurunkan harga jualan sewajarnya.


"JKNJ merujuk kepada paparan menerusi media sosial Facebook Choudhry Sundaram Padiachee bertarikh 15 Ogos 2022 mengenai harga roti di bakeri HSI mahal. Semakan telah dibuat dan mengesahkan bahawa isu tersebut adalah berasas.

"Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan telah mengarahkan syarikat untuk menurunkan harga jualan kepada yang sewajarnya.

"Surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut. Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan.

"Pihak pengurusan hospital juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sejak kelmarin, tular di media sosial sekeping gambar roti sosej yang dijual pada harga RM5 di kedai roti HSI, roti terbabit diletakkan sebelah pembaris yang hanya sepanjang 11 sentimeter.

Malah turut berada dalam gambar terbabit ialah sekeping resit yang menunjukkan harga roti sosej berkenaan.

Pemilik akaun Facebook itu mendakwa telah bertanya untuk memastikan harga roti itu adalah RM5 dan jurujual menjawab itu adalah harga yang betul.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ual-roti-rm5-di-hsi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042281 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list