CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 584|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Tiga sahabat berdepan hukuman mati

[Copy link]
Post time 16-8-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode
REMBAU: Tiga lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Rembau, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis Herdin dengan anggaran berat 21 gram, 10 Ogos lalu.

Tertuduh, Kamaruddin Dollah, 49, Abdul Malek Jantan, 42, dan Ahmad Fazali Jaafar 45, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-ketiga tertuduh secara bersama-sama telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Herdin dengan anggaran berat 21 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Bukit Jalor, Felda Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin, pada jam 1 pagi, 10 Ogos lalu.


Justeru, tertuduh telah melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 14 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau tidak kurang 15 sebatan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh kerana kes itu bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Prosiding kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Azizul Zakaria dan sebutan semula kes ditetapkan pada 29 September depan untuk dikemukakan laporan kimia.

Sementara itu, di kamar sama, Kamaruddin didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan dadah berbahaya jenis morfin di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin, pada jam 10 malam 16 Ogos 2021.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah seksyen dan akta sama.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd Isa memohon hukuman minimum dikenakan.

Kamarudin mengaku bersalah atas pertuduhan itu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan dari tarikh sabitan dan dikenakan pengawasan selama dua tahun.


Tiga lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Rembau, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis Herdin dengan anggaran berat 21 gram, 10 Ogos lalu. NSTP/Ahmad Hasbi


https://www.bharian.com.my/berit ... rdepan-hukuman-mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 09:27 PM | Show all posts
herdin ke heroin...penat aku google xde nye dadah herdin.....adoii TT nie x peka ehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037493 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list