CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 0

[Kedah] Hang dah kenapa...

[Copy link]
Post time 16-8-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Hang dah kenapa...

Izad Thaqif Hassan
[email protected]




TANGKAP layar video tular menunjukkan Perodua Alza melarikan diri dari sekatan polis.




Sungai Petani: Hanya kerana tidak mempunyai lesen, seorang lelaki yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) sanggup mempertaruhkan nyawa dengan melakukan aksi 'gila' dan berbahaya dalam usaha melepaskan diri daripada dicekup polis, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun terbabit yang memandu Perodua Alza bersama rakannya berusia 21 tahun dikejar polis sejauh 25 kilometer (KM) bermula dari Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang hingga ke Bandar Laguna Merbok, dekat sini.

Ketika dikejar polis, pemandu MPV itu didapati melakukan zig zag sepanjang lima kilometer di lebuh raya, melanggar palang di plaza tol, langgar lampu isyarat serta merempuh Honda Accord dipandu remaja lelaki berusia 19 tahun.

Tidak cukup dengan pelbagai aksi yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain itu, pemandu dan penumpang MPV berkenaan turut bergelut dengan anggota polis yang menahan mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian bermula apabila sepasukan polis yang melakukan Op Utama Pandu Laju di Plaza Tol Sungai Dua mengarahkan MPV dipandu suspek supaya berhenti untuk pemeriksaan.

"Anggota polis meniup wisel dan menunjukkan isyarat supaya pemandu MPV itu berhenti namun suspek secara tiba-tiba terus memecut kenderaannya.

"Melihatkan tindakan itu, anggota polis terus mengejar suspek dengan membunyikan siren serta memasang lampu beacon selain menggunakan pembesar suara untuk mengarahkan pemandu berhenti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek bagaimanapun bukan sahaja tidak mengendahkan arahan itu malah terus memecut dan memandu secara zig zag dari KM113 hingga KM108 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara.

"Suspek kemudian memandu ke arah susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Selatan dan melanggar palang di lorong empat sebelum memecut kenderaan ke Jalan Lencongan Barat.

"Anggota polis terus mengejar suspek sehingga persimpangan lampu isyarat Bandar Laguna Merbok dan ketika itu pemandu MPV melanggar lampu merah serta merempuh sebuah Honda Accord," katanya.

Zaidy berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan MPV dipandu suspek berpusing dan melanggar pembahagi jalan serta tiang papan tanda selain tayar kiri hadapan dan belakang kenderaan meletup.

"Ketika itu, dua suspek terbabit cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan dengan anggota polis namun mereka akhirnya berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan tidak menemui apa-apa barang salah dalam kenderaan berkenaan namun kita masih menjalankan lanjut untuk mengetahui punca suspek melarikan diri," katanya.

Menurutnya, setakat ini siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu dan mereka masing-masing berasal dari Perlis serta Jitra itu tidak mempunyai pekerjaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 16, 2022 @ 9:25am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.579545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list