CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 1

Aktres Hollywood, Anne Heche melecur teruk, masih koma

[Copy link]
Post time 10-8-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Aktres Hollywood, Anne Heche melecur teruk, masih koma


Heche dilaporkan tidak sedarkan diri, koma dan berada dalam keadaan kritikal selepas kereta dipandunya terbakar. - Foto AGENSI

LOS ANGELES: Aktres Hollywood, Anne Heche, 53, masih berada keadaan koma selepas melecur teruk apabila kereta dipandunya merempuh kediaman sehingga terbakar di Mar Vista, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.

Menerusi portal TMZ, polis Los Angeles sedang menjalankan siasatan sama ada Heche memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana didakwa melakukan dua langgar lari sebelum menyelinap masuk dalam sebuah kediaman, sebelum berlaku kebakaran.

Wakil pelakon filem I Know What You Did Last Summer itu memberitahu, Heche tidak sedarkan diri, koma dan berada dalam keadaan kritikal.

Ketika siasatan dilakukan, keadaan Heche dilaporkan teruk selepas ditarik anggota bomba Los Angeles dalam kereta jenis Mini Cooper miliknya yang terbakar.

"Dia mengalami kecederaan paru-paru yang teruk dan memerlukan pengudaraan mekanikal, selain kesan melecur yang memerlukan pembedahan," kata wakil pelakon itu kepada TMZ.

Terdahulu, portal TMZ memperoleh video menunjukkan Heche memandu dalam keadaan laju menyusuri jalan belakang yang sunyi terletak di kawasan kejiranan berdekatan Pantai Venice.

Menerusi kereta Mini Cooper biru, kenderaan dilaporkan dipandu dengan kelajuan berbahaya.

Orang ramai yang merakam video mendedahkan Heche sudah tiga kali berpusing dan kembali ke jalan yang sama di Cabrillo Avenue.

Ketika membuat pusingan kedua di Cabrillo Avenue, orang ramai sempat menjerit memintanya memperlahankan kereta, namun, tidak lama kemudian, kereta dipandunya kediaman hingga meletuskan kebakaran, lapor portal TMZ.

Menerusi video yang diperlahankan, keadaan Heche seperti kebingungan dan memandu secara melulu hingga hampir melanggar seorang wanita berjalan di kaki lima. Ia seperti tidak langsung menyentuh brek atau mengelak kereta berpusing agar tidak berlaku perlanggaran, lapor portal TMZ.


Kereta dipandu Anne Heche didakwa melakukan dua langgar lari sebelum menyelinap masuk dalam sebuah kediaman, sebelum berlaku kebakaran. - Foto AGENSI


Wakil polis Los Angeles, Annie Hernandez mengesahkan, detektif yang menyiasat kemalangan mempunyai waran untuk mengambil darah aktres itu bagi memeriksa sama ada berada di bawah pengaruh dadah, alkohol atau sebaliknya.

Seorang saksi kejadian, David Manpearl melihat sebuah kereta memecut laju, sebelum mendengar bunyi rempuhan kuat beberapa saat kemudian.

"Saya mengambil masa selama beberapa saat untuk memastikan apa yang saya dengar. Saya berlari keluar ke arah jalan untuk mencari di mana kemalangan berlaku, mungkin memerlukan bantuan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, saya melihat dinding kediaman hilang dan serpihan merata-rata., malah, kereta Heche sudah menembusi dinding kediaman itu.

"Saya melihat penyewa berdiri di tengah dapur bersama dua anjing, berkaki ayam dan meminta bantuan. Penyewa tidak boleh bergerak kerana siling runtuh dan terdapat semua jenis serpihan di merata-rata.

"Saya dan seorang lagi jiran membantu penyewa itu. Selepas memastikan penyewa selamat, saya kembali ke dalam rumah bagi membantu Heche yang masih tersepit dalam kereta," katanya.

Manpearl berkata, kebakaran mula merebak dan berada di sekelilingnya.

"Kebakaran merebak daripada kereta ke dalam kediaman, manakala asap semakin tebal.

"Saya masih menunggu pihak bomba, tetapi belum tiba. Akhirnya, saya terpaksa meninggalkan kediaman berkenaan untuk keselamatan diri," katanya.

Dilaporkan, seramai 59 anggota bomba mengambil masa lebih satu jam untuk memadamkan kebakaran.

Heche terkenal dengan watak Vicky Hudson dan Marley Love dalam sinetron Another World pernah memenangi Anugerah Daytime Emmy pada 1991.

Pada 1990-an, Heche membintangi filem Donnie Brasco, Six Days Seven Nights dan Return To Paradise.

Baru-baru ini, Heche muncul dalam siri televisyen, TV All Rise dan Chicago PD dan filem The Brave. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ur-teruk-masih-koma

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ni gf ellen DeGeneres ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040499 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list