Seorang wanita yang sebelum ini digelar 'Miss Garbage' kerana pekerjaan bapanya sebagai pemungut sampah mewakili Thailand dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022.
Memetik laporan Yahoo! News, Anna Suengam-iam, 23, dinobatkan sebagai Miss Universe Thailand 2022 menewaskan 28 peserta yang turut memburu gelaran tersebut.
Pada sesi soal jawab terakhir, Anna ditanya perkara ingin dilakukannya bagi memperkasakan individu yang sedang berputus-asa.
"Bukan anda sahaja yang menghadapi rasa putus asa. Saya juga pernah. Kami belajar dari masalah untuk menyesuaikan diri dan bertahan. Saya menyeru anda semua untuk mempunyai keyakinan dalam diri dan bangkit untuk berjuang semula. Kalau saya boleh, anda pun pasti boleh," jawabnya.
Walaupun muncul sebagai juara, Anna bagaimnapun bukanlah peserta popular dalam kalangan penonton dan menduduki tempat keenam dengan hanya 3.2 peratus undian awam di laman web Miss Universe Thailanda.
Peserta berdarah Thai-Itali, Renita Veronica Pagano yang merupakan menduduki tempat kelima menerima 28.1 peratus undian awam manakala peserta Thai-Amerika, Nicolene Limsnukan (naib johan) mendapat 25.2 peratus.
Sumber Vietnam Postsen
Sebelum Anna dinobatkan sebagai Miss Universe Thailand 2022, pengguna media sosial meragui kemampuannya kerana wanita itu bukan 'luk khrueng', istilah bagi individu yang berdarah kacukan.
Dalam temu bual sebelum ini, Anna menyatakan pendapatnya bahawa 'luk khrueng' bukanlah kriteria utama dalam pemilihan Miss Universe Thailand. - CARI
Anna dan ibunya.
|