CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir minta penempatan baharu dipercepat

[Copy link]
Post time 2-8-2022 05:02 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk kampung mengharungi banjir yang melanda rumah mereka berikutan hujan lebat baru-baru ini.

BALING: Seramai 19 keluarga di Kampung Padang Empang, Kupang, meminta kerajaan mempercepatkan pembinaan penempatan baharu kepada mangsa banjir yang terjejas dalam tragedi kepala air dan banjir, di Kampung Iboi, pada 4 Julai lalu.

Kebanyakan penduduk terbabit berhasrat berpindah kerana penempatan mereka tidak selamat lagi didiami.

Penduduk, Siti Mariam Abdul Isa,70, dari Kampung Padang Empang, berkata dia tidak berani pulang ke rumahnya selepas bencana sama berulang awal bulan lalu.

"Keluarga saya mengalami malang berganda kerana rumah dinaiki air berkali-kali dan pada masa sama, keadaan suami, Saad Md Piah,70, yang lumpuh sejak sembilan tahun lalu, amat menyukarkan kami untuk menyelamatkan diri.


"Jika dulu tidak terasa sangat walaupun rumah dimasuki air tetapi tidak seteruk seperti yang berlaku sejak akhir-akhir ini hingga ke paras tingkap," katanya ketika ditemui.

Bagi Siti Hajar Said,34, mereka lima beranak sedia berpindah sekiranya kerajaan menyediakan tempat baharu.

Beliau berkata, banjir pada 4 Julai lalu hingga ke paras tingkap rumahnya, manakala banjir Khamis lalu pula sehingga ke paras betis menyebabkan mereka keluar ke tempat selamat bagi mengelak terperangkap dalam cuaca gelap.

"Kami tak berani tunggu lama kerana perit dengan kejadian lalu dan terus membawa tiga anak keluar rumah.

"Apabila ingat kejadian ngeri itu, rasa takut pulang ke rumah lagi dan berharap pihak berwajib menyediakan tempat baharu untuk kami tinggal," katanya.

Sementara itu, difahamkan 36 keluarga termasuk 17 mangsa yang kehilangan rumah ketika dihanyutkan air dalam kejadian banjir di Kampung Iboi, akan ditempatkan di penempatan baharu itu.

Sumber berkata, 36 keluarga dari Kampung Iboi dan Padang Empang akan ditempatkan di tanah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Kampung Sadek berdekatan pintu gerbang masuk kampung itu dan berdekatan padang futsal.

"Penduduk terbabit akan ditempatkan di kawasan penempatan baharu di tanah yang dikenal pasti sesuai dan lebih selamat.

"Malah jarak dengan kampung asal mereka kira-kira lima kilometer saja dan tidak jauh untuk pulang menoreh getah mencari rezeki," katanya.

Pada Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata laporan cadangan tapak penempatan baharu itu dijangka diperoleh daripada Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah esok.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-baharu-dipercepat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054277 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list