CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Bye, abang...'

[Copy link]
Post time 1-8-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Bayan Lepas: "Bye, abang..." begitulah ucapan selamat tinggal Ahmad Aliff Ahmad Khairul Nizam, 2, kepada abangnya, Ahmad Hamzah, 4, yang meninggal dunia akibat lemas ketika jenazah selesai dikafankan.

Ahmad Hamzah ditemukan tenggelam dalam kolam renang ketika bersama lapan sekeluarga menghadiri aktiviti perjumpaan ahli keluarga di sebuah inap desa di Kuala Kangsar di Perak, semalam.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia awal pagi hari ini.

Bapa kanak-kanak malang itu, Ahmad Khairul Nizam Ahamad Fami, 32, berkata, mereka tiba dari Pulau Pinang pada 6 petang, sebelum dikejutkan dengan kehilangan Ahmad Hamzah.

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan isterinya, Siti Fatimah Abd Rahim, 29, apabila menemukan anak sulungnya sudah tidak sedarkan diri di dasar kolam kanak-kanak.

"Saya juga cuba lakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Ahmad Hamzah namun tidak menunjukkan perkembangan positif.

"Berikutan keadaannya itu, kami terus membawa Ahmad Hamzah ke hospital sebelum doktor mengesahkan bahawa dia tidak dapat diselamatkan pada 1.10 pagi tadi.

"Kejadian itu berlaku sekelip mata dan dia baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 23 Julai lalu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


AHMAD Khairul Nizam menunjukkan foto anak sulungnya Allahyarham Ahmad Hamzah yang lemas di kolam renang sebuah inap desa di Kuala Kangsar. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Menurut Ahmad Khairul Nizam, anaknya seorang yang tidak gemar dengan aktiviti air namun menunjukkan perasaan teruja apabila mengetahui inap desa berkenaan mempunyai kolam renang serta sudah bersedia membawa pelampung.

Katanya, ketika menaiki kereta dari Pulau Pinang ke inap desa itu juga, Ahmad Hamzah banyak berdiam berbanding kebiasaan dan hanya tidur sepanjang perjalanan.

"Beberapa hari lalu, dia bertanya mengenai datuknya yang meninggal pada Mac akibat angin ahmar dan saya beritahu bahawa datuknya ada di kubur.

"Dia cakap 'hendak ikut datuk' tetapi saya sangka ia hanya pertanyaan biasa seperti kanak-kanak lain yang baru sahaja kehilangan datuk.

"Mungkin itu beri petanda bahawa dia akan meninggalkan kami, malah hari kematian Ahmad Hamzah merupakan tarikh lahir datuknya.

"Kematian ibu dan anak pada tahun ini adalah kehilangan terbesar dalam hidup saya," katanya yang reda dengan kejadian itu.

Jenazah Ahmad Hamzah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al- Huda Sungai Ara di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 6/bye-abang-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 08:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.300092 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list