CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 1

[Pulau Pinang] Penantian 64 tahun berakhir

[Copy link]
Post time 29-7-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Penantian 64 tahun berakhir

Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]




Alliamah ketika ditemui selepas menerima Mykad (Daftar Lewat Kad Pengenalan) pada Majlis Penyerahan Mykad di sini. FOTO Mikail Ong




Georgetown: "Sepanjang hidup ini belum pernah saya mempunyai akaun bank sendiri selain menghadapi pelbagai kesukaran seperti terpaksa membayar mahal untuk rawatan di klinik kerajaan kerana tiada kad pengenalan," kata R Alliamah, 64, yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan sejak lahir.

Bagaimanapun, ibu kepada tujuh anak dari Kulim, Kedah itu bersyukur apabila menerima kad pengenalan MyKad daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh di sini, hari ini.

Anak kepada Alliamah, Mohd Faizal Suresh Abdullah, 45, berkata ibunya anak keempat dari tujuh beradik namun hanya dia seorang menghadapi masalah berkenaan selepas rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran pada awal kelahirannya.

"Ibu tidak tahu menulis dan membaca selain terpaksa bekerja keras mencari nafkah untuk membesarkan kami adik-beradik selepas bapa meninggal dunia pada 1992.

"Sejak 20 tahun lalu baru kami berusaha mendapatkan kad pengenalan untuk ibu tetapi kami pergi ke saluran yang salah menyebabkan urusan itu tertangguh.

"Akhirnya bulan Disember lalu barulah kami mempunyai kesedaran berurusan terus di pejabat JPN Pulau Pinang dan hanya dalam tempoh enam bulan semuanya selesai," katanya.

Ruslin berkata, pihaknya mengesan rekod pertalian hubungan keluarga Alliamah berdasarkan semakan JPN Pulau Pinang, Kedah dan Perak memandangkan ahli keluarga warga emas itu pernah menetap di tiga negeri berkenaan.

Selain itu, JPN Pulau Pinang turut menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Jabatan Kimia Pulau Pinang berhubung perkara tersebut sebelum Panel Jawatankuasa Permohonan Daftar Lewat Kelahiran JPN telah meluluskan pendaftaran kelahirannya pada 23 Mac lalu.

Dalam pada itu Ruslin berkata, statistik permohonan daftar lewat kad pengenalan bagi tempoh 2020 hingga sekarang merekodkan sebanyak 6,067 kes di seluruh negara.

"Bagi yang menghadapi masalah sedemikian boleh hadir ke kaunter JPN misalnya melibatkan isu pendaftaran kelahiran lewat kerana JPN tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah sekali gus mengelak risiko penipuan.

"Kita sangat kesal masih ada lagi yang menggunakan khidmat ejen untuk urusan JPN termasuk di kawasan bandar sedangkan terdapat 225 pejabat JPN di seluruh negara.

"Anak yang lahir di luar perkahwinan juga boleh didaftarkan dan kita ada dapat maklumat ejen minta bayaran RM3,000 hingga RM5,000 sedangkan kita tidak berhubung dengan mereka sebaliknya hanya berurusan dengan pemohon sendiri," katanya.






Disiarkan pada: Julai 29, 2022 @ 2:58pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 06:36 PM | Show all posts
Sejak 20 tahun lalu baru kami berusaha mendapatkan kad pengenalan untuk ibu tetapi kami pergi ke saluran yang salah


Ini sindiket beli IC ke apa? Mujur akhirnya sedar juga ya anak2 tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050933 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list