View: 614|Reply: 0
|
Utamakan kesihatan awam berbanding hak asasi merokok
[Copy link]
|
|
Utamakan kesihatan awam berbanding hak asasi merokok
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Isu kesihatan awam perlu diutamakan mengatasi hak asasi untuk merokok, terutama sekali kepada golongan muda, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berikutan itu, beliau berkata, orang ramai disaran membantu dan menyokong tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melindungi generasi muda di negara ini daripada amalan menghisap rokok tembakau dan vape.
"Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dan Generasi Penamat (GEG) menyasarkan untuk mewujudkan generasi bebas sebarang amalan merokok termasuk rokok dan vape bagi mereka yang lahir pada 2007 dan tahun selepasnya," katanya di Facebook hari ini.
Semalam, Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti merokok dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Menurut RUU itu, individu berkenaan yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika disabitkan kesalahan.
Dr Noor Hisham turut memetik fakta sejarah mengenai penguatkuasaan undang-undang sebelum ini seperti pemakaian topi keledar dan tali pinggang keledar yang bersifat mementingkan keselamatan dan nyawa orang awam.
"Alhamdulillah pada 1975, 1979 dan 2009, Ahli Parlimen ketika itu menggunakan kuasa mereka sebagai wakil rakyat dengan baik dan berjasa menyelamatkan banyak nyawa.
"Tidak pula didengari ketika itu pihak tertentu dan pelobi yang mempersoalkan hak asasi untuk terus tidak memakai topi keledar atau tali pinggang keledar," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... g-hak-asasi-merokok
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|