CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih 600 aduan berkaitan inap desa diterima di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 28-7-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode

JAGDEEP SINGH DEO



GEORGETOWN: Lebih 600 aduan diterima Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) daripada pemilik unit berstrata  berhubung masalah yang berpunca daripada penyewa inap desa sepanjang 2019 hingga setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, antara aduan yang sering diterima adalah isu bising, penyewa inap desa menggunakan kemudahan seperti gimnasium dan kolam renang serta lain-lain kemudahan.

Jelasnya, setiap aduan tersebut tidak boleh diambil ringan kerana melibatkan kesejahteraan hidup para penghuni lain.

“Pada masa ini, sekiranya terdapat sebarang kes berhubung unit-unit kediaman yang dijadikan inap desa, pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Kerajaan Tempatan, Undang-Undang Kecil PBT dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Jagdeep, situasi itu juga mendorong kerajaan negeri memperkenalkan Garis Panduan Pengoperasian Tempat Inap Persendirian (homestay) di Skim Hartanah Berstrata dan Skim Kediaman Atas Tanah yang dijangka dikuatkuasakan awal Januari tahun depan.

Ujarnya, garis panduan itu dirangka bersama PBT dan agensi-agensi berkaitan sejak Disember tahun lalu dan kini lebih 90 peratus siap.

”Pada masa ini, kita sedang menjalankan sesi libat urus bersama semua pihak termasuk pemilik unit strata serta kediaman atas tanah bagi mendapatkan maklum balas berhubung garis panduan ini.

“Garis panduan ini dijangka dibentangkan di dalam mesyuarat exco dalam tempoh tiga bulan lagi dan akan dikuatkuasakan pada awal Januari tahun depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Jagdeep berkata,  secara keseluruhannya, terdapat 2,511 skim berstrata dengan 326,464 unit kediaman di negeri ini dan Pulau Pinang adalah negeri ketiga yang mempunyai bangunan bertingkat terbanyak di Malaysia.

”Pulau Pinang pada masa ini menjadi tempat tarikan pelancong dan ada kediaman yang dijadikan homestay, kita tidak mahu halang industri ini daripada berkembang.

”Namun, untuk menjaga kesejahteraan pemilik unit garis panduan ini perlu dikuatkuasakan bagi memastikan mereka tidak terjejas dengan isu-isu berpunca daripada penyewa inap desa,” katanya. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita ... ma-di-pulau-pinang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.125113 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list