CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4171|Reply: 8

[SEJARAH] APA KAITAN BANI TAMIM DENGAN TANAH MELAYU?

[Copy link]
Post time 25-7-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode
APA KAITAN BANI TAMIM DENGAN TANAH MELAYU?


Sejak beberapa hari ni, antara isu utama yang dibincangkan adalah pasal tindakan Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu negara Israel. Hal ni dah menaikkan kemarahan seluruh umat Islam dunia, termasuklah Malaysia.

Bagaimanapun, umat Islam nampaknya rasa kecewa dengan reaksi dunia Arab. Menurut Dr Candra Muzaffar, bantahan dunia Arab terhadap tindakan Trump cuma retorik, tanpa ada sebarang penyelesaian yang konkrit. Dunia Arab juga disifatkan sebagai masih terkial-kial dengan dengan tindakan Trump ini.


Imej asal dari India TV.

Antara negara yang lantang menentang tindakan Trump ni adalah Turki dan Malaysia. Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin, Sheikh Dr Nawaf Takruri yang datang ke negara ni dah memuji komitmen Malaysia yang sentiasa setia berada di belakang Palestin. Dalam waktu sama, Dr Nawaf juga bagi harapan untuk kita tetap membantu dan menyokong perjuangan Palestin.

“Seperti mana pejuang Salahuddin Al Ayubi, dia bawa bala tenteranya disertai orang bukan Arab untuk membebaskan Baitulmaqdis.

Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid, Turki menaungi Masjid Al Aqsa. Insya Allah, akan berlaku bangsa Melayu membebaskan Masjid Al Aqsa.” – Dr Nawaf Takruri. Dipetik dari BH Online.


Sheikh Dr Nawaf Takruri. Imej dari BH Online.

Bila kata – ‘bangsa Melayu akan membebaskan al-Aqsa’, ia adalah satu penghormatan yang sangat besar terhadap kesetiaan negara kita selama ni dengan perjuangan pembebasan Palestin. Tapi ada juga yang kaitkan kata-kata ni dengan kontroversi Bani Tamim yang pernah jadi dulu.



Apa kaitan orang Melayu dengan Bani Tamim?
Dunia yang kita duduk ni tak akan kekal dan ia akhirnya akan dilenyapkan suatu hari nanti – itulah yang disebut sebagai kiamat. Tapi nak sampai ke hari kiamat tu macam-macam peristiwa akan jadi. Sebab itulah kita dengar pasal akan munculnya Imam Mahdi, Nabi Isa, pemuda Bani Tamim dan Dajjal.

Tapi apa itu Bani Tamim? Sebabnya sebelum ni dah ada kontroversi yang mengatakan – perkataan “ta” tu bermaksud Tanah dan “mim” pulak bermaksud Melayu – maka jadilah Tanah Melayu. Tapi pandangan ni dapat kritikan banyak pihak – dari pendakwah, mufti sampailah ke ahli akademik.

“Kita tidak boleh begitu obsesif membuat kesimpulan simplistik. Apatah lagi untuk mengaitkan dengan huruf ‘ta’ dan ‘mim’. Justeru, nasihat saya kepada asatizah (pendakwah) ‘segera’ ini, jangan terlalu obses untuk menjadi selebriti, sabar. Latih diri dahulu dengan permainan politik lensa.” – Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Dipetik dari Sinar Harian.

Kedatangan Imam Mahdi dan Bani Tamim adalah termasuk dalam perkara-perkara yang akan berlaku di masa depan. Jadinya, tak ada sesiapa yang dibagi autoriti untuk menokok tambah sesuatu riwayat yang dah sedia ada. Berkenaan dengan Bani Tamim, memang ada hadis-hadis yang sebut pasal pemuda Bani Tamim dan pembawa panji-panji hitam.

“Akan keluar dari keturunan ini (Sayidina Ali) seorang yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Jika kamu telah melihatnya, maka hendaklah kamu bersama pemuda Bani Tamim yang datang dari arah Timur dan dia adalah pembawa panji al-Mahdi.” – Riwayat Tabrani.


Imej dari islamidia.com

Menurut Dr. Asri Zainul Abidin, Bani Tamim ni adalah orang Arab yang berasal dari keturunan Quraisy. Tak ada kena mengena dengan orang Melayu. Kita juga jangan terkeliru di antara Bani Tamim dan Bani Taiyim. Saidina Abu Bakar berasal dari Bani Taiyim dan bukannya Bani Tamim.

“Bani Tamim ni antara Quraisy. Kita boleh lihat banyak keluarga at-Tamimi dalam pemerintahan teluk. Kita ada Azzam at-Tamimi seorang pejuang Palestin. Muhammad bin Abdul Wahab yang ramai marah tu pun Bani Tamim.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.

….Dikatakan pemuda Bani Tamim akan keluar dan antara yang akan membawa bendera Mahdi. Hadis-hadis tentang masalah ini tidak begitu kuat.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.



Sebelum ni, ada juga orang tertentu yang pernah mengaku jadi putera Bani Tamim
Secara ringkasnya, pemuda Bani Tamim adalah orang yang akan menolong Imam Mahdi di akhir zaman nanti. Tapi masalah mula jadi bila ada individu tertentu yang mengaku jadi putera Bani Tamim. Antaranya adalah Ashaari Muhammad, pemimpin gerakan al-Arqam.


Ashaari Muhammad. Imej dari buahatisayidi.wordpress

Ashaari mendakwa dirinya sebagai putera Bani Tamim yang boleh berhubung dengan Imam Mahdi dan Rasulullah. Perhubungan tu pulak dalam keadaan mimpi atau sedar (yaqazah). Selain tu, al-Arqam jugak dakwa pengasas Tarekat Muhammadiah, Sheikh al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi yang ghaib sekejap sebelum datang balik untuk pimpin umat Islam.

“Apabila ada dalam riwayat, yang membantu Imam Mahdi itu adalah seorang dari Bani Tamim, ini riwayat daif. (Dalam riwayat itu kata) namanya Syuib bin Solleh. Apa Ashaari al-Arqam buat, dia kata Syuib bermaksud satu lembah kecil iaitu Naning, Negeri Sembilan. Solleh bererti anak orang yang soleh. Jadi dia takwilkan (tafsirkan) semua benda supaya merujuk kepada dia. Ini sangat bahaya.” – Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.


Ashaari & isterinya – Ummu Jah. Imej dari zulcomz.blogspot

Akhirnya pada tahun 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan gerakan ni kerana menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Kerajaan Malaysia jugak mengharamkan pergerakan al-Arqam dan Ashaari sendiri dah ditangkap masuk ISA pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, Ashaari meninggal dunia dan dikebumikan di Rembau, Negeri Sembilan.

Ada ulama yang anggap hadis berkaitan Bani Tamim sebagai daif dan tak boleh dijadikan hujah
Seperti mana yang dikatakan oleh Dr Maza tadi, hadis berkaitan dengan Bani Tamim kebanyakannya tak kuat. Perkara ni juga dikatakan oleh Dr al-Syarif Hatim ibn al-Auni dari Universiti Ummul Qura, Arab Saudi.

Menurutnya, tak ada satu pun hadis-hadis pasal pembawa panji-panji hitam disandarkan kepada Rasulullah (marfuq) dan disandarkan kepada sahabat (mauquf). Maka dengan itu beliau kata hadis-hadis ini tak layak dijadikan hujah.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya, para ulama hadis mendapati tiada satu pun hadis sahih berkenaan pemuda Bani Tamim. Apa yang sampai kepada kita ialah apa yang diriwayatkan antaranya oleh Imam al-Tabrani, namun al-Haithami mengatakan hadis tersebut munkar.

Begitu juga apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hammad di dalam kitab al- Fitan, namun begitu kedua-dua riwayat tersebut mauquf (tidak dihubungkan) kepada tabi’in, dan apa yang mauquf kepada tabi’in dianggap sebagai maqtu’ (hadith yang terputus).” – Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM.


Bila sebut pasal akhir zaman, akan timbul jugak konspirasi teori illuminati. Imej dari vox.com

Tapi bila sebut pasal Bani Tamim, tak terlepas pula kita dari bercakap tentang Imam Mahdi. Sebabnya, kita juga selalu dengar pasal orang-orang tertentu yang mengaku diri diorang sebagai Imam Mahdi.

Imam Mahdi tak akan mengaku yang dirinya Mahdi

Lebih kurang dua tahun lepas, sorang lelaki dari Indonesia bernama Muhammad Zubir Amir Abdullah dah mengaku yang dirinya Imam Mahdi. Dia ni pernah datang ke Malaysia untuk berdakwah. Dia juga ada buat majlis bai’ah kat Mekah, tapi lepas tu kena tangkap dengan polis Arab Saudi.

Tahun lepas pun ada sorang rakyat Malaysia yang mengaku jadi Imam Mahdi, tapi dia kena tangkap dan kena penjara 24 bulan. Sebenarnya kes mengaku jadi Imam Mahdi ni dah banyak kali jadi dalam sejarah manusia. Ini antara senarainya:

Ubaidullah bin Maimun al-Qaddah (259 hijrah – 322 hijrah) – Datuknya seorang Yahudi tapi dia mengaku berketurunan Rasulullah S.A.W. Dia juga adalah mengasas Daulah Fathimiyah.
Muhammad bin Tumart (485 hijrah – 524 hijrah) – Seorang pemimpin politik dari Maghribi. Dia mengaku jadi Imam Mahdi, tapi dia juga dikenali sebagai seorang yang sangat zalim.
Mirza Ghulam Ahmad (1835 – 1908) – Pengasas ajaran Qadiani ini mengaku sebagai Imam Mahdi. Ajarannya diharamkan di Malaysia kerana dianggap sesat.
Kepercayaan Syiah – Penganut Syiah percaya Muhammad al-Mahdi iaitu imam ke-12 mereka sebagai Imam Mahdi.


Mirza Ghulam dan bukunya. Imej dari imamen.no

Bila ramai yang mengaku, kita nak juga tahu siapa sebenarnya Imam Mahdi. Berdasarkan hadis, Imam Mahdi berketurunan Rasulullah dan namanya sama dengan nama Rasulullah.

“Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan ahli baitku (keturunanku) yang namanya bersamaan dengan namaku.” – Riwayat al-Tirmizi.

Tentang dari mana Imam Mahdi dilahirkan pula, ada beberapa pendapat mengenai hal ini. Imam Qurtubi kata Imam Mahdi akan lahir di negara Maghribi dan ada juga ulama yang kata Imam Mahdi lahir di Andalus. Tapi pendapat yang paling tepat dan sahih adalah Mahdi akan dilahirkan di Madinah. Imam Mahdi dikatakan akan keluar ketika turunnya Nabi Isa A.S.


Mekah & Madinah tetap jadi tempat yang Dajjal tak boleh masuk. Imej dari Publik News & Saudi Gazette.

Menurut website Mufti Wilayah Persekutuan, ada beberapa ciri pada diri Imam Mahdi antaranya:

Di bahagian bahunya ada tanda yang sama pada bahu Nabi SAW.
Beliau akan berkumpul bersama Nabi Isa A.S dan Nabi Isa akan bersolat di belakangnya.
Penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman kekuasaannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar.
Beliau akan menanam satu batang kayu di atas tanah yang kering lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun.
Tapi kita juga kena ingat, Imam Mahdi sebenarnya tak akan mengaku yang dirinya sebagai Mahdi. Sebaliknya, beliau akan dibaiah (dilantik) oleh umat Islam.

“Imam Mahdi tidak mengaku dirinya Imam Mahdi. Kalau ada yang mengaku hari ini, itu otak mereka tak berapa betul… Pada mulanya Imam Mahdi akan dibaiah oleh hanya 313 orang sahaja termasuk kalangan Sunni dan Syiah.

Kebanyakan orang sama ada dari Sunni mahupun Syiah masih tidak percaya itu adalah al-Mahdi. Sehinggalah ada bala tentera lengkap beruniform datang dari negara Syam ingin menyerang Kaabah, tempat Imam Mahdi. Lalu Allah binasakan mereka semua. Barulah umat Islam percaya itu adalah al-Mahdi yang sebenar.” – Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, dipetik dari Harakah Daily.



Kesimpulannya, tidak boleh dinafikan akan muncul seorang lelaki dari keturunan Rasulullah SAW, yang akan menegakkan keadilan dan menjadi ikutan kaum muslimin. Beliau juga akan menguasai kerajaan-kerajaan Islam, dan namanya adalah al-Mahdi. Beliau akan tolong Nabi Isa membunuh Dajjal dan Nabi Isa juga menjadi makmum dalam solatnya.

Tapi, perlu ke kita tunggu pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi?
Disebabkan ramai yang agak taksub dengan kisah Imam Mahdi, Bani Tamim, Dajjal dan sebagainya. Maka muncul persoalan dalam masayarakat pasal perlu ke kita tunggu kedatangan mereka ini.

Menurut Sheikh Ali Jum’ah, Imam Mahdi bukanlah seorang tokoh yang wajib kita tunggu. Sebabnya, kita tak pernah diperintahkan untuk tunggu sesiapa. Malah katanya, gelaran “al-Muntadzar” (yang ditunggu) kepada Imam Mahdi sebenarnya tak termasuk dalam keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Rasulullah telah mengabarkan tentang banyak tanda-tanda kiamat yang telah atau akan terjadi setelah Nabi. Tanda kiamat ini ada tiga: kecil, sedang dan besar. Rasulullah adalah Nabi yang jujur dan terpercaya.

Kita wajib beriman kepada semua sabda baginda tentang tanda kiamat. Namun kita tidak wajib menunggu satu pun tanda kiamat. Benar, kita tidak wajib menunggu, tapi kita wajib belajar, mengajak manusia kepada Allah, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.” – Sheikh Ali Jum’ah, bekas Mufti Besar Mesir.


Zaman kegemilangan Islam menyaksikan umatnya menguasai semua bidang ilmu. Imej dari danieltoker.com

Menurut Hadi Awang pulak, hanya Allah yang tahu bila akan munculnya Imam Mahdi dan sekalian yang lain. Sebab tu bukan kerja kita nak tentukan bila waktu tu akan tiba. Kerja kita sebenarnya adalah beramal untuk akhirat dan berjuang berlandaskan ajaran Islam.

“Jangan jadi seperti sebahagian orang yang hanya menunggu Imam Mahdi tanpa berbuat apa-apa. Mereka merasakan tiada apa-apa harapan lagi buat Islam selain menunggu al-Mahdi. Apa mereka tak mahu pahalakah?

Kena ingat perjuangan Islam ini diberi pahala. Jangan kira soal menang atau kalah. Kita akan sentiasa menang di akhirat kelak.” – Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Dipetik dari Harakah Daily.

Sumber:https://soscili.my/apa-kaitan-bani-tamim-dengan-tanah-melayu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 02:47 PM | Show all posts
Pendapat Ridhuan tee bengap miskin hina pun mau layan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Verangan melayu ittuew bani tamim. Nieyh ajaran taksub don dan lah nieyh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 09:07 PM | Show all posts
AnnaSendin replied at 10-8-2022 01:51 PM
Verangan melayu ittuew bani tamim. Nieyh ajaran taksub don dan lah nieyh.

Engkau lalok syabu lagi ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 09:26 PM | Show all posts
Bani tamim yang dimaksudkan pastinya bukan bangsa melayu ultra canggih, gagah berani  semakin maju jaya tetapi akan muncul dari suatu bangsa babu hamba abdi primitif lemah longlai seperti arab atau afghanistan  atau pakistan atau bangla atau indon atau sulu atau .....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 11-8-2022 09:07 PM
Engkau lalok syabu lagi ka ?

Uols yang lalok kott ikut setat penglipurlara. Verangan bangsa penyelamat walaupon nabi dah pesan kebangkitan bermula di shams, di msjid kubah putih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2022 09:49 AM | Show all posts
AnnaSendin replied at 12-8-2022 12:14 AM
Uols yang lalok kott ikut setat penglipurlara. Verangan bangsa penyelamat walaupon nabi dah pesan  ...

Memang sah engko lalok. Itu laa. Lain kali jauhi dari dadah sebelum masuk bod sejarah.

Di mana jua kebangkitan bermula, kuasa tentera di sebalik kebangkitan adalah dari timur
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 12-8-2022 09:49 AM
Memang sah engko lalok. Itu laa. Lain kali jauhi dari dadah sebelum masuk bod sejarah.

Di mana ju ...

Uols pekena cokorai lepat makripat ka? Itulah, kalau mengaji, cari tok guru yang ikut al-Quran dan hadith sahih, jangan ikut tok guru habaib2 yendon dan meleis yang selak langsir dapat jawapan daripada nabi. Jangan bontoti geng2 ya hanana verangan meleis bangsa penyelamat. Dalam hadith tade pon kata bangsa meleis. Yang ada, kebangkitan bermula di masjid berkubah putih di syam. Nieyh percaya teori don dan 'ta' dan 'mim' ittuew tanah melayu nieyh. Sian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 02:32 PM | Show all posts
AnnaSendin replied at 12-8-2022 02:56 AM
Uols pekena cokorai lepat makripat ka? Itulah, kalau mengaji, cari tok guru yang ikut al-Quran dan ...

Kenapa degil? Aku dah bagi nasihat elok elok engkau sebaliknya lagi sakan menagih sampai tahap gila babeng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064399 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list