CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 2

ADELE Bahagia bersama cahaya mata

[Copy link]
Post time 10-7-2022 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Bahagia bersama cahaya mata


ADELE rancang punyai keluarga besar.

Selepas dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Angelo Adkins yang kini berusia sembilan tahun hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, Simon Konecki, penyanyi terkenal Adele merancang menambah zuriat.

Menerusi satu temu bual dengan portal berita BBC, pelantun lagu Easy On Me itu berkata, dia semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata.

"Saya ingin memiliki beberapa anak lagi. Ia adalah sesuatu yang menakjubkan.

"Jika tidak (memiliki anak), saya masih ada Adkins. Saya hanya ingin bahagia," katanya yang kini sedang bercinta dengan Rich Paul.

Tambah Adele atau pemilik nama Adele Laurie Blue Adkins, 34, bergelar seorang ibu banyak mengubah kehidupannya menjadi lebih baik.

"Baik, buruk atau aneh yang saya lalui saya suka menjadi seorang ibu," katanya.

Siapa sangka, meskipun anaknya baru berusia sembilan tahun, Adkins sudah menunjukkan minatnya dalam bidang muzik.

"Adkins amat menyukai muzik. Dia gemar bermain permainan video beberapa tahun lalu, yang ia kegemaran bapanya, bukan saya.

"Namun kami berdua ada waktu bersama dan bercakap mengenai muzik. Kami duduk berdua dan mendengar beberapa lagu dan memilih lagu bersama-sama.

"Malah ketika kami bercerita setiap lagu, dia ada bertanya pendapat saya dan kami membincangkan mengenai lagu itu. Ia sesuatu yang indah," kata penyanyi dan penulis lirik dari Britain itu.


ADELE kini dilaporkan bercinta dengan Rich Paul.

Dalam temu bual itu, Adele yang pernah memenangi gelaran Bintang Meningkat Naik pada Anugerah Britain serta Artis Baharu Terbaik pada Anugerah Grammy turut bercerita mengenai perpisahannya dengan Konecki pada Mac tahun lalu.

Adele dan Konecki mula bercinta pada 2011 dan dikurniakan Adkins pada 2012. Enam tahun kemudian iaitu pada Mei 2018, Adele dan Konecki bernikah.

Bagaimanapun, Adele dan Konecki bercerai pada April 2019. Kedua-duanya bersepakat menjaga anak kesayangan mereka itu bersama.

Kata Adele, perpisahan adalah hal yang paling rumit, namun mereka berjaya melalui proses itu kerana hubungan mereka seperti rakan baik.

"Baik dulu mahupun sekarang kami tiada masalah. Saya rasa ini lebih mudah untuk memastikan hal yang buruk tidak terjadi.

"Saya bersyukur dengan kehadirannya dan dia adalah insan terbaik. Saya juga melalui semua proses itu dengan penuh rasa hormat dan berbaloi," katanya.


MENGAKU hubungan dengan Konecki tiada masalah.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... bersama-cahaya-mata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 08:36 PM | Show all posts
tahniah.. dah kuyus yachh adele...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 01:26 PM | Show all posts
Adess dia couple dgn pak tam plak ke? Dia punya la gebus mulus...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040275 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list