CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 0

[Johor] Harga kambing mahal, tempahan korban berkurangan

[Copy link]
Post time 9-7-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode

Osman Cheyakutty melihat kambing yang akan dikorbankan sempena Aidiladha di Osman Goat Farm, Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru esok. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU: Syarikat penternakan, Osman Goat Farm menyediakan 1,100 ekor kambing sempena menyambut Hari Raya Aidiladha ini.

Pengarah Urusannya, Osman Cheyakutty, 54, berkata, jumlah tersebut kurang berbanding 2,000 ekor yang ditempah pada tahun lalu.

Menurut beliau, penurunan itu  dijangka kerana harga seekor kambing kini mencecah RM1,000 hingga RM1,800 seekor berbanding RM900 hingga RM1,600 pada tahun lalu.

“Kenaikan harga kambing tahun ini  disebabkan harga makanan dan ubat-ubatan untuk haiwan semakin mahal,” katanya kepada Utusan Malaysia di di Kangkar Tebrau, di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Osman, permintaan  ibadah korban masih mendapat permintaan daripada orang perseorangan termasuk dari rakyat Singapura.

Katanya, seramai 64 pekerja akan mengendalikan ibadah korban bermula proses penyembelihan sehingga melapah.

“Sebanyak 500 ekor kambing akan disembelih pada hari pertama raya dan ada yang datang ke ladang untuk memilih kambing hidup untuk dikorbankan di kediaman masing-masing,” jelasnya.

Katanya, jenis kambing  di Osman Goat  daripada baka  Australia, Thailand, Burma dan kambing tempatan serta biri-biri.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... korban-berkurangan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.039488 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list