CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Kedah] Wanita sara hidup jadi tukang kasut

[Copy link]
Post time 2-7-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode

RASILAH mencari rezeki dengan membaiki kasut pelanggan di kaki lima di Jalan Selamat, Alor Setar setiap hari sejak enam tahun lalu.

ALOR SETAR – Kebanyakan wanita seusianya akan berehat di rumah, namun berlainan bagi Rasilah Salleh, 66, dari Kampung Seberang Perak di sini apabila dia terpaksa keluar mencari rezeki sebagai tukang kasut di kaki lima di Jalan Selamat di sini.

Rutin sejak enam tahun lalu itu membolehkan ibu tunggal kepada tiga anak ini memperoleh pendapatan antara RM40 hingga RM100 sehari.

Menurut Rasilah, walaupun kudratnya tidak selincah dahulu, dia dengan rela hati ­bekerja mengambil upah membaiki kasut kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak yang telah berkeluarga serta tidak berkemampuan.

“Saya tak mahu menyusahkan mereka, lagipun kalau keluar buat kerja macam ini dapat juga upah. Sekarang banyak duit nak pakai setiap hari. Nak bayar sewa rumah RM300 sebulan, bil api, air dan makan minum lagi.

“Alhamdulillah kalau bernasib baik dapatlah RM100 sehari kalau seharian hujan dapatlah RM40,” katanya di sini semalam.

Rasilah yang menjadi ibu tunggal sejak 23 tahun lalu membe­ritahu, dia telah biasa dengan kepayahan hidup seperti itu.

“Dahulu saya meniaga macam-macam di kaki lima di Alor Setar untuk sara kami empat beranak.

“Bagaimanapun, apabila melihat anak sulung menjadi tukang kasut saya pun belajar dan ambil masa enam bulan untuk mahir,” ujarnya.

Menurut Rasilah, dia mula mengambil upah membaiki ka­sut dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang setiap hari.

Katanya, dia pernah memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi tidak berjaya.

“Kalau dapat ringanlah sikit beban tak perlu bayar sewa. Tengoklah selama mana saya boleh bertahan, teruslah bertukang kasut di sini. Ada saja pelanggan, mungkin mereka kasihan tengok saya masih bekerja,” jelasnya.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi di talian 01123660838.
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -jadi-tukang-kasut/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056283 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list