CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tak timbul isu 2 kem dalam UMNO - Noh Omar

[Copy link]
Post time 30-6-2022 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Tak timbul isu 2 kem dalam UMNO - Noh Omar

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Jun 30, 2022 @ 8:16pm  [email protected]


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar. - Foto BERNAMA



GEORGETOWN: Isu dua kem berbeza dalam UMNO tidak timbul, sebaliknya apa yang berlaku dalam parti itu ketika ini hanyalah berpunca daripada perbezaan pendapat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar, berkata ia perbezaan pendapat sebegitu juga situasi biasa dalam politik dan beliau percaya perkara itu dapat diselesaikan secara baik.

Siapa kata ada kem? Saya cuma lihat ia masalah keluarga. Suami isteri kadang-kadang berbeza pendapat, ayah dengan anak ada masanya berbeza pendapat. Tambah pula dalam politik.

"UMNO itu satu sahaja. Tiada pasukan A atau B. Bagi saya apa yang berlaku adalah masalah dalaman keluarga dan perkara biasa yang boleh diselesaikan secara kekeluargaan," katanya mengulas dakwaan menyatakan wujud dua kem dalam parti itu.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merasmikan Majlis Penutupan Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor Aplikasi Pengecatan dan Lapisan Senibina Anjuran Pusat Khidmat Kontraktor (PPK) di sebuah hotel di Batu Ferringhi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor turut menegaskan adalah tidak tepat untuk menyifatkan wujud dua kem dalam UMNO sekiranya berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan ahli parti berkenaan.

"Tidak bermakna bila ada seorang yang berbeza pendapat menunjukkan kita berpecah. Itu tidak tepat," katanya.

Semalam, laporan sebuah akhbar tempatan menyiarkan kenyataan penganalisis politik yang berpendapat pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman mengenai isu dalaman UMNO memperlihatkan parti itu kini berpecah kepada dua kem.

Satu daripada kem itu dikatakan yang menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kem menyokong kepemimpinan Perdana Mneteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2022 11:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035707 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list