CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 1

[Perlis] Penetapan harga siling ayam sudah dipersetujui semua

[Copy link]
Post time 30-6-2022 05:32 PM | Show all posts |Read mode

ROSOL (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Intelektual Pengguna 2022 selepas menyempurnakan perasmian Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) 2022 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Arau. FOTO AIZAT SHARIF

Arau: Penetapan harga RM9.40 sebagai harga siling baru untuk ayam segar mulai esok sudah dipersetujui.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan itu dibuat melalui advokasi libat urus antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama pemain industri dan persatuan pengguna diadakan sebelum ini.

Menurutnya, tidak dapat dinafikan kenaikan harga siling daripada RM8.90 sebelum ini adalah tinggi dan membebankan.

"Namun begitu, kita kena jaga industri dan dalam masa sama pengguna. Kita tidak mahu apabila harga ayam segar terlalu murah ia memberi kesan kepada bekalan kerana industri tidak mampu untuk menghasilkan ayam segar dalam pasaran.

"Sebab itu, saya selalu kata, kita (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) perlu menyeimbangkan kedua-dua pihak iaitu pemain industri dan pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) 2022 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Rektor UiTM Perlis, Profesor Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi.

Katanya, selepas harga siling ini dikuatkuasakan bermula esok, pihaknya berharap peniaga ayam segar tidak lagi mengambil kesempatan untuk menaikkan lagi harga jualan ayam segar di premis mereka dengan memberikan alasan kenaikan harga kos makanan yang lain.

"Kita berharap selepas ini tiada lagi peniaga menjual lebih daripada RM9.40. Bagaimanapun berkaitan dengan caj tambahan seperti upah potong atau sembelih ayam segar itu, kita akui memang tiada peraturan khusus untuk melarang caj berkenaan atau mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengambil untung dengan cara itu.

"Namun begitu, pengguna harus bijak dalam memilih dan membeli di mana mereka mungkin boleh mencari alternatif untuk membeli ayam segar pada penjual atau peniaga ayam segar yang tidak mengambil upah atau caj tambahan.

"Kita berharap dengan pelaksanaan harga siling ini, maka caj tambahan ini tidak akan wujud lagi selepas ini," katanya.

Berhubung isu ketirisan minyak masak bersubsidi, Rosol berkata 24 syarikat pengeluar minyak itu sudah diambil tindakan kerana didapati terbabit dengan penyelewengan.

"Sembilan daripadanya ditarik balik lesen manakala 15 pula digantung lesen mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana terbabit dalam penyelewengan minyak masak bersubsidi.

"Ini termasuk kes di Johor di mana premis kilang itu didapati menjalankan aktiviti menjual minyak masak terpakai dengan mencampurkan minyak masak bersubsidi dengan minyak terpakai sebelum dijual semula di syarikat biodiesel.

"Malah, tindakan ini terus dijalankan tanpa henti terutama di kawasan sempadan negara di mana banyak kita lihat minyak masak bersubsidi ini 'terlepas' ke pasaran negara jiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dipersetujui-semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 08:32 PM | Show all posts
no komen.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.190204 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list