View: 388|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Pengarah urusan, CEO didakwa terima deposit tanpa lesen
[Copy link]
|
|
Abdul Wahab Mohd Mydin (tiga dari kanan) dan Mohd Nasri Abdul Rahim, dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth - Foto NSTP/Danial Saad
BUTTERWORTH: Seorang pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pelaburan dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di sini masing-masing menghadapi 30 tuduhan berkaitan menerima wang deposit tanpa lesen yang sah membabitkan nilai RM750,000 antara tahun 2019 hingga 2020.
Tertuduh, pengarah urusan, Mohd Nasri Abdul Rahim, 36, dan Abdul Wahab S Mohd Mydin, 53, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan masing-masing di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Noorhayati Mohamad Yunus.
Mengikut 30 pertuduhan yang dihadapi Mohd Nasri, dia didakwa menerima wang deposit berjumlah RM750,000 daripada tiga individu yang membabitkan dua lelaki dan seorang wanita.
Abdul Wahab yang turut berdepan 30 pertuduhan pula didapati bersubahat dengan Mohd Nasri untuk mendapat sejumlah wang deposit berkenaan daripada individu yang sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang antara April 2019 hingga 14 Februari 2020.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fazliyana Ahmad dan Qatrin Nada Harun manakala Mohd Nasri diwakili peguam S Raveentharan dan Abdul Wahab diwakili Muhamad Shahrul Nizam Md Roni.
Ketika prosiding, kedua-dua peguam tertuduh memohon wang jaminan bagi setiap pertuduhan dikurangkan memandangkan kedua-dua anak guam mereka berdepan masalah kewangan ekoran kes ini, selain masing-masing mempunyai masalah kesihatan.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM212,000 terhadap Mohd Nasri bagi kesemua pertuduhan dihadapinya dengan seorang penjamin, manakala Abdul Wahab pula dibenarkan ikat jamin RM126,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu, mahkamah juga mengarahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport mereka sehingga kes selesai.
https://www.bharian.com.my/berit ... deposit-tanpa-lesen |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|