CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Kedah] Langkawi Legendary Ride sasar 1,800 peserta

[Copy link]
Post time 30-6-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin (kanan sekali) melepaskan 50 peserta sebagai gimik memeriahkan Pelancaran Media LLR 2022 di Laman Padi, Langkawi. - NSTP/HAMZAH OSMAN


LANGKAWI: Menyasarkan 1,800 peserta yang akan mendaftar, program kayuhan Langkawi Legendary Ride (LLR) 2022 edisi kedua dijangka turut disertai peserta dari luar negara.

Acara dianjurkan oleh Tough Gorilla Ventures itu dibahagikan tiga kategori iaitu Legendary Ride sejauh 101 kilometer (km), Eagle Ride (60 kilometer) dan Mahsuri Ride (30 kilometer).

Ia bakal berlangsung pada 10 September ini.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata LLR pertama kali didakan pada tahun 2019 dan disertai kira-kira 1,000 penunggang basikal.

"Berbekalkan sambutan hangat, kali ini kita menyasarkan 1,800 peserta dengan 800 daripadanya peserta antarabangsa, manakala baki peserta tempatan.

"Ia sebahagian usaha untuk memulihkan ekonomi sektor pelancongan tempatan susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa mulai awal April lalu," katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Terdahulu, beliau melepaskan 50 peserta kayuhan sebagai gimik memeriahkan Pelancaran Media LLR 2022 di Laman Padi, di sini.Wan Kamarul Faisal berkata, LLR 2022 juga boleh dijadikan pentas untuk sesi memanaskan badan oleh peserta menjelang kejohanan triathlon Ironman Malaysia pada 5 November ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... -sasar-1800-peserta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 1.194281 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list