CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

[Kedah] Hospital Pendang siap 98 peratus

[Copy link]
Post time 29-6-2022 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika mengadakan lawatan ke Hospital Pendang di sini, pada Mac lalu. FOTO ARKIB NSTP

Alor Setar: Pembinaan Hospital Pendang sudah mencapai 98 peratus dan dijangka dirasmikan pada penghujung tahun ini, kata Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim.

Beliau berkata, sehingga kini, proses pembangunan hospital itu mengikut jadual dan pelan perancangan yang sudah ditetapkan.

"Setiap dua, tiga bulan saya akan turun untuk lihat sendiri tahap kemajuan dan pembinaan hospital ini. Dalam lawatan ke Hospital Pendang semalam, saya lihat semuanya berjalan dengan lancar jadi saya yakin ia dapat beroperasi sepenuhnya pada 2023.

"Perasmian hospital ini dijangka dibuat pada hujung 2022 tetapi mungkin ia dapat dipercepatkan lagi bagi membolehkan semua penduduk Pendang menggunakan kemudahan yang ada di situ," katanya ketika diminta mengulas mengenai status pembinaan Hospital Pendang.

Awang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sebagai wakil rakyat di Pendang, beliau mahu memastikan penduduk di daerah itu segera mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

"Sebelum ini, mereka perlu ke hospital di daerah lain seperti Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan tetapi dengan adanya Hospital Pendang ini, ia dapat mengurangkan kos perjalanan mereka," katanya.

Tambah beliau, hospital berkenaan merupakan semi pakar yang bakal dilengkapi dengan peralatan berteknologi tinggi yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk di daerah itu yang rata-ratanya kurang berkemampuan.

Hospital yang dibina di kawasan seluas 17 hektar di Kampung Banggol Pauh, Pendang itu mampu menempatkan 126 katil dan menyelesaikan masalah penduduk yang terpaksa ke HSB bagi mendapatkan rawatan.

Terdahulu, beliau merasmikan 'Program Dialog Berstruktur Tripartite Wilayah Utara 2022' yang merupakan satu inisiatif untuk membangunkan modal insan mahir serta meningkatkan kebolehkerjaan graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional dalam mendepani cabaran baharu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-siap-98-peratus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.038001 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list