View: 424|Reply: 0
|
[Perlis]
Kes penyeludupan daun ketum menurun
[Copy link]
|
|
SURINA (kanan) bersama Mohd Hasazli (kiri) dan Sarih (tengah) meninjau kerja pelupusan daun ketum di kawasan lapang Balai Polis Trafik Padang Besar. FOTO Aizat Sharif
Kangar: Kes serta tangkapan penyeludupan daun ketum ke Thailand di Perlis sejak awal tahun ini menurun sebanyak 50 peratus.
Malah, rampasan terhadap bahan berkenaan di negeri ini juga mengalami penurunan sebanyak 60 peratus sehingga semalam.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, penurunan kes tangkapan serta rampasan daun ketum berkemungkinan dipengaruhi oleh langkah kerajaan Thailand yang kini membenarkan penanaman ketum untuk tujuan perubatan di negara itu.
"Faktor yang paling utama adalah penguatkuasaan berterusan pihak kita dalam menangani masalah penyeludupan daun ketum terutama di sempadan Malaysia-Thailand selama ini.
"Selain itu, kita percaya penurunan kes dipengaruhi oleh langkah kerajaan Thailand yang kini membenarkan penggunaan daun ketum dalam kalangan rakyat mereka.
"Oleh hal demikian, mereka (Thailand) kini sudah mempunyai pembekal daun ketum dari negara mereka sendiri dan tidak memerlukan sangat bekalan daun ketum dari negara kita," katanya selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes Daun Ketum di Balai Polis Trafik Padang Besar, di sini, hari ini.
Surina berkata, perkembangan yang berlaku di Thailand itu juga menyebabkan harga pasaran daun ketum turun mendadak daripada RM120 sekilogram kepada hanya sekitar RM40 saja sekilogram.
"Namun begitu dalam masa sama didapati permintaan ganja oleh sindiket di negara ini meningkat," katanya.
Surina berkata, selain daun ketum, ganja juga adalah antara dadah yang dibenarkan ditanam di Thailand sehingga penawaran terhadap bahan itu meningkat.
"Kita tengok apabila Thailand membenarkan ganja atau kanabis ditanam maka penawaran begitu meningkat menjadikan kemasukan ke Malaysia juga meningkat.
"Beberapa siri rampasan ganja dari Thailand dilakukan oleh kita dalam membanteras penyeludupan dadah menerusi pintu sempadan Malaysia-Thailand.
"Walaupun Thailand sudah membenarkan penanaman daun ketum serta ganja, ia tetap menjadi kesalahan dan jenayah di negara ini mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya bahan dan dadah berkenaan cuba diseludup masuk," katanya.
Terdahulu, Surina meninjau kerja pelupusan daun ketum di kawasan lapang Balai Polis Trafik Padang Besar yang turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis, Superintendan Mohd Hasazli Yaakub dan Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh.
Pelupusan daun ketum seberat 56 tan bernilai RM1.23 juta itu membabitkan kes yang sudah diselesaikan sejak 2019 sehingga tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -daun-ketum-menurun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|