CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 1

[Kedah] Bomba selamatkan 12 mangsa termasuk bayi terperangkap kebakaran

[Copy link]
Post time 29-6-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan 12 mangsa termasuk bayi berusia setahun enam bulan yang terperangkap selepas rumah mereka di Taman Sri Taman, di sini, terbakar, petang tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 5.54 petang.

Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jalan Raja segera dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba tidak lama kemudian.

"Berdasarkan maklumat, terdapat 18 orang terdiri daripada tiga dewasa berusia antara 20 hingga 58 tahun dan 15 kanak-kanak serta bayi berusia antara setahun enam bulan hingga 12 tahun dalam rumah itu.

"Enam daripadanya iaitu kanak-kanak berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan bakinya, 12 lagi berjaya diselamatkan pasukan bomba," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Syufaat berkata, seorang daripada mangsa diselamatkan pihaknya ketika sedang berlindung dalam bilik air di rumah berkenaan.

"Kita pecahkan bilik air berkenaan daripada tingkap kecil di bahagian belakang (rumah) kerana bahagian depan api sedang marak dan akhirnya berjaya keluarkan mangsa. Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan pasukan Forensik JBPM Kedah untuk mengetahui punca dan anggaran kerugian.

Ditanya keadaan mangsa, katanya, kesemua 12 mangsa terbabit mengalami sesak nafas, lesu dan ada yang melecur.

"Rumah itu musnah 90 peratus selain tiga motosikal turut terbakar dalam insiden itu," katanya.

Untuk rekod, rumah dua tingkat itu disewakan pendakwah bebas, Ebit Liew pada tahun 2020 kepada keluarga Allahyarham Pak Aq atau Ishak Darus selepas dipindahkan dari rumah mereka yang daif sebelum ini.


Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Dato Haji Shuib, Taman Seri Taman, Jalan Sultanah. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-kebakaran-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 01:25 PM | Show all posts
"Berdasarkan maklumat, terdapat 18 orang terdiri daripada tiga dewasa berusia antara 20 hingga 58 tahun dan 15 kanak-kanak serta bayi berusia antara setahun enam bulan hingga 12 tahun dalam rumah itu.


ramainya kanak2 dlm rumah tu. ada berapa family yg duduk dlm 1 rumah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042616 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list