View: 417|Reply: 0
|
[Perlis]
Wanita 'putih mata' ditipu RM37,361
[Copy link]
|
|
PADANG BESAR: Terpedaya dengan imbuhan komisen lumayan, seorang pembantu perawatan kesihatan 'putih mata' selepas mengalami kerugian sebanyak RM37,361 apabila tertipu dengan urusan tawaran kerja yang tidak wujud secara dalam talian di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata polis menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita berusia 26 tahun jam 4.56 petang selepas mangsa menyedari dirinya diperdaya dengan tawaran bekerja menerusi laman sosial Facebook pada Sabtu lalu.
"Mangsa mendakwa diperdaya setelah melihat iklan di Facebook yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat dan telah berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai 'Agnes' dari Syarikat 'SP ECommerce' untuk tawaran kerja secara dalam talian.
"Dia kemudian dimaklumkan dengan kaedah atau cara membeli pelbagai produk bagi tujuan menaikkan 'rating' dan dijanjikan imbuhan komisen setelah barangan itu dijual oleh pihak 'syarikat' berkenaan.
"Mangsa melakukan lapan transaksi, selama tiga hari sehingga semalam untuk pembelian barangan dengan jumlah yang berbeza seperti dikehendaki sindiket. Transaksi pertama membabitkan pembelian barangan bernilai RM100 dengan dijanjikan pulangan sebanyak RM130," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan media, hari ini.
Katanya, mangsa yang mengejarkan pulangan lumayan terus melakukan transaksi sehinggalah dia menyedari semua barangan dikehendaki untuk dibeli oleh sindiket itu sememangnya tidak wujud.
Mohd Shokri berkata, sindiket memberikan pelbagai alasan mengenai pulangan yang dijanjikan, sehingga mangsa kehabisan wang dan mula menyedari dirinya sudah tertipu.
Mangsa yang terpaksa menanggung kerugian wang simpanan peribadi dan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.
"Semakan polis mendapati terdapat tiga laporan polis ke atas no akaun 'syarikat' itu dan dua laporan polis ke atas nombor talian yang digunakan oleh sindiket sebelum ini ke atas mangsa lain.
"Siasatan kami mendapati modus operandi sindiket ini adalah dengan mengiklankan tawaran kerja yang mudah dan menguntungkan dalam masa singkat secara dalam talian melalui medium media sosial.
"Malah, mangsa pada mulanya akan diberikan pulangan dan setelah mangsa yakin, sindiket akan meningkatkan jumlah pembelian sehingga menyebabkan mangsa terjerat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
https://www.bharian.com.my/berit ... mata-ditipu-rm37361 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|