|
Mayat kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi berhampiran Jeti Nelayan Bagan Ajam di Pantai Bersih ditemui tersangkut di tali pukat oleh nelayan pada jam 9.15 pagi tadi. FOTO Ihsan APM Pulau Pinang
Butterworth: Kanak-kanak lelaki yang hilang ketika mandi berhampiran Jeti Nelayan Bagan Ajam di Pantai Bersih, di sini, petang semalam, ditemukan lemas pada 9.15 pagi tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang memaklumkan, mayat kanak-kanak dikenali Muhammad Mikhaeil Mukmin Abdullah, 11, ditemukan tersangkut di pukat nelayan.
Mayat kanak-kanak itu seterusnya dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian ditamatkan pada 9.40 pagi.
Dalam kejadian semalam, Muhammad Mikhaeil Mukmin dikatakan pergi ke pantai berkenaan untuk mandi bersama tiga lagi rakannya, sebelum dia dilaporkan hilang akibat dibawa arus pada 5.30 petang.
Seorang pemancing yang menyedari kejadian itu cuba menyelamatkan mangsa, namun dia nyaris lemas sebelum diselamatkan orang awam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak lelaki itu.
Menurutnya, mayat dibawa Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aki-ditemukan-lemas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|