CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Pulau Pinang] MBPP tebang 11 pokok kelapa berisiko kepada pengguna jalan raya

[Copy link]
Post time 27-6-2022 06:25 PM | Show all posts |Read mode
MBPP tebang 11 pokok kelapa berisiko kepada pengguna jalan raya
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 27 Jun 2022




Azrul menunjukkan pokok kelapa yang membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Teluk Kumbar pada Isnin.


BAYAN LEPAS - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menebang 11 pokok kelapa yang berisiko kepada pengguna jalan raya di sekitar Jalan Teluk Kumbar di sini pada Isnin.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, tindakan itu dijalankan berikutan insiden seorang pembonceng motosikal yang cedera akibat ditimpa buah kelapa dalam kejadian yang berlaku pada petang Ahad.


Menurutnya, ketika kejadian, wanita itu sedang membonceng motosikal yang ditunggang anak perempuannya.


"Saya telah melakukan tinjauan bersama wakil MBPP untuk mengenal pasti pokok yang membahayakan pengguna jalan raya khususnya di tepi jalan untuk ditebang.


“Sebagai langkah keselamatan selain tidak mahu insiden yang sama berulang lagi, kita mengambil keputusan untuk menebang pokok kelapa di tepi jalan yang dikatakan berisiko kepada pengguna jalan raya," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian insiden berkenaan pada Isnin.


Kerja-kerja menebang pokok kelapa yang membahayakan pengguna di Jalan Teluk Kumbar sedang dilakukan.


Azrul berkata, sebanyak 11 pokok kelapa dikenal pasti dari Jalan Teluk Kumbar hingga Sungai Batu dan ia membabitkan kawasan MBPP serta tanah milik persendirian.


Katanya, proses penebangan 11 pokok kelapa itu dilakukan MBPP bermula jam 2 petang Isnin.


Pada Ahad, tular satu rakaman video berdurasi 28 saat yang menunjukkan sebiji buah kelapa menimpa pembonceng motosikal yang melalui Jalan Teluk Kumbar di sini.


Berdasarkan rakaman video itu, topi keledar wanita tersebut terpelanting sebelum dia sendiri terjatuh di atas jalan.


Mangsa kemudian dibantu orang awam dan difahamkan keadaannya parah dan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pengguna-jalan-raya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048466 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list