CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 0

Pandelela bermula baik di Kejohanan Dunia Budapest

[Copy link]
Post time 27-6-2022 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong beraksi dalam acara kelayakan 10 meter (m) platform wanita di Kejohanan Dunia 2022, Budapest. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong bermula baik di Kejohanan Dunia 2022, Budapest apabila menamatkan saingan pusingan kelayakan 10 meter (m) platform wanita dalam kelompok empat penerjun teratas.

Dalam lima terjunannya, penerjun berusia 29 tahun itu mengumpul 332.10 mata untuk berada di kedudukan keempat, daripada keseluruhan 33 penerjun sekali gus layak ke separuh akhir yang berlangsung esok.

Juara dunia 2019 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 berusia 16 tahun Chen Yuxi, dari China mengungguli pusingan itu selepas meraih 413.95 mata, sementara rakan senegara berusia 15 tahun yang juga pemenang emas Olimpik Tokyo Quan Hongchan, di tempat kedua mengutip 410.85 mata.

Ingrid Oliveira dari Brazil ketiga selepas mengumpul 340.70 mata.


Pandelela yang memenangi pingat emas kejohanan terjun Piala Dunia 2021 di Tokyo, adalah atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee.

Sementara itu pemenang pingat emas Sukan SEA ke-31 Ooi Tze Liang-Chew Yiwei memperbaiki pencapaian di kejohanan itu, selepas menduduki tempat ke-11 pada final 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki.

Dalam saingan di Arena Duna itu, Tze Liang-Yiwei tampil dengan terjunan konsisten, namun sekadar mengumpul 337.83 mata di kedudukan kedua terakhir, demikian menurut laman web rasmi FINA.

Pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 Wang Zongyuan-Cao Yuan dari China, mengungguli aksi berkenaan dengan kutipan 459.18 mata sekali gus meraih emas.

Gandingan Great Britain Jack Laugher-Anthony Harding membawa pulang perak, selepas mengumpul 451.71 mata, manakala kutipan 406.44 mata membolehkan Lars Rudiger-Timo Barthel dari Jerman, merangkul gangsa.

Sebagai rekod, pada Kejohanan Dunia 2019 di Korea Selatan Tze Liang-Yiwei berada di kedudukan terakhir, daripada keseluruhan 12 pasangan. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... anan-dunia-budapest
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040948 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list