CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1509|Reply: 0

[DUNIA] 5 ‘Tuhan’ Pelik Yang Disembah Di Seluruh Dunia

[Copy link]
Post time 23-6-2022 08:06 PM | Show all posts |Read mode
5 ‘Tuhan’ Pelik Yang Disembah Di Seluruh Dunia




Selain agama besar di dunia seperti Kristian dan Islam, terdapat banyak lagi agama dan kepercayaan lain yang dianuti oleh manusia. Dan dalam sesetengah agama ini, mereka mengangkat sesuatu yang aneh sebagai objek sembahan.

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan 5 ‘tuhan’ yang kami rasa paling aneh, disembah di seluruh dunia.

1. Raksasa Spageti Terbang



Mempunyai kepercayaan yang mengatakan alam ini dicipta oleh makhluk asing berbentuk spageti, ajaran agama ini memberi pandangan yang lebih ringan terhadap tuhan dan penciptaan alam.

The Church of Flying Spaggeti Monsters atau Pastafarianisme adalah gerakan sosial yang menggalakkan pandangan ringan tentang agama. Ia berasal dari penentangan pengajaran Intelligent Design di sekolah awam.

“Raksasa Spaghetti Terbang” pertama kali diperkenalkan adalah dalam surat terbuka satira yang ditulis oleh Bobby Henderson pada tahun 2005 bagi membantah keputusan Lembaga Pendidikan Negeri Kansas membenarkan pengajaran Intelligent Design sebagai alternatif kepada evolusi dalam kelas sains sekolah awam.

Dalam surat itu, Henderson menuntut masa yang sama dalam bilik darjah sains untuk belajar tentang “Flying Spaghetti Monsterism”, di samping Intelligent Design dan evolusi. Selepas Henderson menerbitkan surat itu di laman webnya, Flying Spaghetti Monster dengan pantas menjadi fenomena Internet dan simbol penentangan terhadap pengajaran Intelligent Design di sekolah awam.

Nota: Intelligent Design ialah teori bahawa kehidupan, atau alam semesta, tidak mungkin timbul secara kebetulan dan adalah ia direka dan dicipta oleh beberapa entiti pintar.

2. UFO


Bukan satu, bukan dua tapi banyak sebenarnya agama yang menyembah dan menjadikan UFO sebagai tuhan mereka. Secara asasnya agama ini mempercayai kita semua dicipta oleh makhluk asing yang tinggal di luar dari bumi.

Antara yang terkenal ialah Komuniti Aetherius, Universal Church Of New World Comforter, Heaven’s Gate dan banyak lagi.

Yang paling popular di antara mereka ialah Raelism yang diasaskan oleh seorang lelaki bernama Claude Vorilhon. Agama ini dipercayai mempunyai 10,000 pengikut semuanya.

3. Punggung Wanita Yang Besar



Tak, kami tak main-main. Memang ada agama di dunia ini yang mengangkat punggung wanita yang besar sebagai sesuatu untuk disembah.

Gerakan yang dinamakan The Church Of Adinotology dimulakan oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya, Prophet Adonis. Dakwanya, dia telah ditemui oleh malaikat yang kemudiannya menyuruh dirinya untuk mengajak orang ramai menyembah punggung wanita yang besar.

Malaikat itu juga telah menyuruhnya untuk menulis satu kitab untuk dijadikan panduan yang dinamakan The Book of Adonai.

4. Vladimir Putin



Sumber: AFP PHOTO / SPUTNIK / Alexey NIKOLSKY

Beberapa komuniti di Bolshaya Yelnia, Rusia mempercayai bahawa presiden mereka ialah jelmaan semula Paul The Apostle.

Kepercayaan ini terhasil oleh seorang wanita yang bernama Svetlana Frolova. Dia mendakwa dia telah mendapat mesej daripada tuhan yang mengatakan tentang penjelamaan Putin.

Walaupun Vladimir Putin menolak pelawaan komuniti ini untuk dijadikan sembahan namun mereka tetap mempercayai bahawa Putin akan menunjukkan jalan untuk mereka bersedia bagi kelahiran semua Jesus Christ.

5. Motosikal


Foto oleh Pavan Khengre

Sebuah motosikal jenama Royal Enfield disembah oleh satu masyarakat di India. Penduduk di daerah Jodhpur ini mempercayai sesiapa yang tidak datang meminta restu dengan motosikal ini akan ditimpa nasib malang.

Kisah asal motorsikal ini menjadi objek sembahan bermula ketika pemiliknya Om Banna meninggal dunia akibat kemalangan melibatkan motosikal tersebut.

Setelah kejadian, polis membawa motosikal tersebut ke balai polis. Namun kemudiannya didapati motosikal itu kemudiannya kembali ke tempat kejadia. Pihak polis cuba menundanya pergi untuk kali kedua, namun hal yang sama berlaku, motosikal itu kembali sendiri ke tempat kemalangan.

Kejadian ini membuatkan orang ramai percaya bahawa motosikal itu mempunyai kuasa mistik lantas bertindak untuk membina tugu untuk mtosikal tersebut.


Sumber:https://iamlejen.com/5-tuhan-pel ... dunia/#.YrRW3bJBxhE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066576 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list