CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tanggung hutang setengah juta, identiti diperguna sindiket

[Copy link]
Post time 22-6-2022 03:35 PM | Show all posts |Read mode

Steven Sim (kiri) mendengar keluhan Siang Ping (kanan) selepas identitinya disalahgunakan hingga menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan tindakan mahkamah.

BUKIT MERTAJAM - Seorang tukang kayu buntu selepas terpaksa berdepan dengan tindakan mahkamah berikutan maklumat peribadi miliknya digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk perjanjian penyewaan dua premis di Bukit Mertajam dan Butterworth.

Ang Siang Ping, 26 berkata, dia terpaksa menanggung hutang hampir RM500,000 dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas identitinya disalah guna termasuk didakwa telah mengubah suai meter untuk aktiviti perlombongan mata wang elektronik bitcoin.

Menurutnya, dia tidak pernah menandatangani perjanjian menyewa kedua-dua premis berkenaan apatah lagi mendaftar namanya untuk pemasangan meter elektrik dengan TNB.

Siang Ping percaya identitinya digunakan selepas pernah kehilangan kad pengenalan pada Januari 2017.

"Saya menyedari mengenai masalah ini selepas tidak dapat mengeluarkan wang di sebuah bank pada Februari tahun lalu dan dimaklumkan yang akaun bank telah dibekukan berikutan terdapat kes sivil yang difailkan terhadap saya.

"Sebulan kemudian saya dimaklumkan telah menyebabkan seorang tuan rumah kerugian RM230,611 kononnya telah mengubah suai meter TNB di rumahnya sedangkan saya langsung tidak mengenali dia dan tidak pernah terlibat dengan perjanjian penyewaan rumah," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, di sini pada Rabu.

Siang Pin berkata, perkara sama sekali lagi berlaku pada November tahun lalu apabila dia menerima saman mahkamah untuk satu kes sivil kerana berhutang RM234,747 dengan TNB atas penyewaan premis kedai di Butterworth.

Katanya, walaupun dia tidak terlibat dengan penyewaan kedua-dua premis terbabit namun kini dia terpaksa berdepan dengan prosiding mahkamah atas perkara yang dia tidak lakukan.


Berikutan kes terbabit, dia kini menghadapi pelbagai kesukaran termasuk tidak dapat membeli kenderaan dan rumah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berharap orang ramai lebih berhati-hati menjaga maklumat dan butiran peribadi daripada disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Masyarakat juga perlu menjaga kerahsiaan maklumat peribadi supaya tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, " katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -diperguna-sindiket
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052153 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list