CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2070|Reply: 2

[DUNIA] Batu Purba Jepun Berumur 1,000 Tahun Terbelah Dua, Cetus Panik Buat Penduduk Di Situ

[Copy link]
Post time 21-6-2022 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Batu Purba Jepun Berumur 1,000 Tahun Terbelah Dua, Cetus Panik Buat Penduduk Di Situ



Sebuah batu purba Jepun yang dipercayai dihuni oleh makhluk ghaib ditemui retak dan terbelah dua sehingga menyebabkan orang-orang yang mempercayainya menjadi panik.

Menurut media tempatan Jepun, batu yang dipanggil sebagai ‘Killing Stone’ itu telah terbelah dua selepas kononnya mengunci roh jahat selama hampir 1,000 tahun.

Berdasarkan mitologi Sessho-seki, ia dikatakan mengandungi mayat wanita cantik yang telah berubah menjadi musang berekor sembilan, Tamamo-no-Mae.

Roh musang itu kemudiannya dipindahkan ke dalam batu. Dipercayai bahawa batu itu telah dimusnahkan bertahun-tahun yang lalu dan roh itu telah dihalau oleh seorang sami Buddha yang kemudiannya menaburkan kepingan batu itu ke seluruh Jepun.

Legenda mengatakan bahawa batu itu akan membawa maut kepada sesiapa sahaja yang bersentuh dengannya.

Sejak itu, batu ini telah menjadi tumpuan pelancong sehingga menarik pengunjung ke pergunungan Tochigi berhampiran Tokyo.

Bagaimanapun, sejak batu itu terbelah kepada dua bahagian, orang ramai mula takut untuk melawat ke kawasan terbabit.

Ditambah pula dengan spekulasi penduduk tempatan sekitar itu menyatakan bahawa roh jahat mungkin telah dibangkitkan untuk menurunkan malapetaka.

Pengunjung yang melihat batu terbelah itu berkongsi kisah detik-detik panik di media sosial.



“Saya datang bersendirian ke Sesshoseki, di mana terdapat peninggalan legenda musang berekor sembilan. Batu besar itu sepatutnya di tengah-tengahnya dililit dengan tali, tetapi telah terbelah dua dan tali itu juga tertanggal.”

“Jika dalam manga (komik Jepun), ini petunjuk bahawa pendinding itu dipecahkan dan ia dirasuk oleh musang berekor sembilan. Saya rasa seperti saya telah melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat,” terjemahan hantaran Twitter dalam bahasa Jepun.

Menurut laporan tempatan, batu itu mungkin terbelah dua selepas air hujan masuk ke dalam celah-celahnya yang menyebabkannya pecah serta keretakan itu sudah muncul beberapa tahun lalu.

Pegawai kerajaan tempatan dan negara akan memutuskan apa yang akan berlaku kepada batu itu dan salah seorang pegawai menegaskan bahawa dia ingin ia dikembalikan kepada bentuk asalnya.

Sumber:
The Guardian
https://iamlejen.com/batu-purba- ... -situ/#.YrFupbJBxhE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 06:28 PM | Show all posts
bkn ke nine-tailed fox ni dah dimasukkan ke dalam tali pusat Naruto masa dia baby? masa tu ayah dia Hokage...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tingat cite jepun dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047713 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list