CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 1

[Pulau Pinang] Dron RM40,000 pantau kebun, elak durian kena curi

[Copy link]
Post time 19-6-2022 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Tan Chee Keat (kanan), 30, sanggup berhabis RM40,000 membeli empat dron untuk memantau dusun durian milik keluarganya di Pulau Pinang. - FOTO TAN CHEE KEAT

BALIK PULAU: Pemilik dusun durian sanggup berhabis RM40,000 membeli empat pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron untuk memantau dusun milik keluarganya, terutama mengelak hasil kebun itu dicuri.

Inisiatif sejak lima tahun lalu itu ternyata mendatangkan hasil apabila kes kecurian buah termasuk peralatan lain di dusunnya semakin berkurangan.

Generasi keempat pemilik dusun, Tan Chee Keat, 30, berkata kaedah itu turut digunakan di beberapa lagi dusun milik keluarganya sekitar Sungai Ara, Teluk Kumbar, Relau dan Teluk Bahang yang keseluruhannya dianggarkan seluas 102 hektar.

Terdapat kira-kira 20 jenis durian di dusunnya termasuk yang menjadi buruan seperti duri hitam dan Musang King.


"Sebelum ini memang kami hadapi kerugian sebanyak ratusan ribu ringgit akibat kecurian buah serta peralatan seperti mesin, pam air dan lain-lain lagi. Namun selepas guna dron dengan sistem Mavic 3 yang dilengkapi alat pandu suara dan dihubungkan dengan walkie-talkie, kes berkenaan berkurangan.

"Kami turut melengkapkan pengawasan dengan memasang 17 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kebun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Chee Keat berkata, semua dusun milik keluarganya kini mempunyai seramai 42 pekerja dan dron berkenaan diterbangkan empat kali sehari yang mana setiap sesi penerbangan adalah sekitar 30 minit.

Katanya, dron terbabit diterbangkan sepanjang masa setiap tahun, bukan hanya pada musim durian, bagi memastikan pokok dalam keadaan baik dan tidak berpenyakit selain mengelak kehilangan barangan lain.

"Kami merancang menambah beberapa lagi manfaat teknologi penggunaan dron bagi kegunaan di dusun. Diharap pada masa akan datang, terdapat sistem atau teknologi baharu yang boleh menerbangkan dron bagi tempoh lama.

"Memang pada dasarnya perlu melabur ribuan ringgit tetapi jika lihat semula sebelum penggunaannya, kami dapat mengelakkan kerugian sehingga ratusan ribu setahun akibat kecurian di dusun," katanya lagi.
https://www.bharian.com.my/berit ... ak-durian-kena-curi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 12:17 AM | Show all posts
kaya btol apek nie byk tanah di PP....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.037519 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list