CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

Izzah tekad tebus kecewa di Sukan Komanwel 2022

[Copy link]
Post time 19-6-2022 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Gambar fail - Atlet gimrama negara, Izzah Amzan. - Foto ihsan Stadium Astro

KUALA LUMPUR: Atlet gimrama negara, Izzah Amzan bertekad mahu menebus kegagalannya membawa pulang sebarang pingat dari Hanoi pada penampilan keduanya di temasya Sukan Komanwel di Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Beliau yang membantu pasukan negara membawa pulang pingat perak pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia mahu melupakan episod duka apabila menduduki tempat ketiga pusingan kelayakan acara all-around individu di Sukan SEA bulan lalu.

Pada temasya dwitahunan itu, hanya dua gimnas terbaik layak ke peringkat akhir menyaksikan dua atlet negara aiitu Koi Sie Yan dan Ng Joe Ee meneruskan aksi di final acara berkenaan.

"Pada Sukan SEA tempoh hari, kecewa sikit, tidak dapat apa yang Izzah hendak. Namun ia bangkitkan semula semangat untuk terus bertanding. Saya cuma hendak pastikan diri saya bersiap sedia untuk terus beraksi.


"Sasaran utama kita untuk mendapatkan pingat emas atau sekurang-kurangnya mengekalkan pingat perak di Birmingham," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Atlet berusia 21 tahun itu berkata beliau bakal menyertai Kejohanan Asia 2022 di Pattaya, Thailand dijadual pada 23 hingga 26 Jun.

Izzah yang menyifatkan kejohanan di Pattaya sebagai medan lebih mencabar berbanding Sukan Komanwel di Birmingham berkata, beliau dan rakan sepasukan menyasarkan untuk layak ke peringkat akhir.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Afrita Ariany Nasril berkata selepas tugasan di Pattani, gimnas kebangsaan akan berlepas ke Azerbaijan untuk program latihan pada 3 hingga 20 Julai, diikuti kejohanan dan latihan terakhir di Belarus sebelum ke Birmingham untuk menghadapi temasya Sukan Komanwel 2022.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyasarkan gimrama menyumbang satu pingat emas di Birmingham, bersama-sama angkat berat, skuasy, boling padang dan powerlifting manakala badminton disasarkan membawa pulang dua emas.

- BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... sukan-komanwel-2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047156 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list