CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Pulau Pinang] Noraini tak kekok memandu lori muatan besar

[Copy link]
Post time 17-6-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode

Bawa lori sudah jadi pekerjaan Noraini sejak enam tahun lalu. - Foto ihsan Noraini

GEORGETOWN: Lazimnya pemandu kenderaan berat termasuk lori muatan serendah satu tan dipandu oleh lelaki kerana tugasan itu memerlukan kemahiran, kecekapan dan lasak ketika mengendalikannya.

Bagaimanapun, persepsi itu tidak sudah lapuk kerana ada wanita yang mampu memandu kenderaan berat dan memasuki dalam dunia kerjaya yang dipelopori lelaki.

Bagi Noraini Abdullah, 29, yang menetap di Bayan Lepas, di sini membuktikan bekerja dengan sebuah syarikat logistik ternama yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebagai pemandu kurier dengan muatan satu tan masih dianggap jarang dilakukan wanita.

Namun, bagi ibu kepada tiga cahaya mata itu membawa lori sudah menjadi pekerjaannya sejak hampir enam tahun lalu dengan beberapa syarikat pengangkutan, sebelum menyertai syarikat logistik itu yang menjadi tempat kerja baharunya, sejak Oktober tahun lalu.


Katanya, minat mendalam mengendalikan jentera berat membuatkannya tidak kekok selain mendapat sokongan moral daripada suaminya yang juga seorang pemandu lori.

"Arwah ibu juga menyokong minat saya apabila memaklumkan mengenai hasrat saya yang berminat dengan kerjaya memandu muatan berat.

"Dengan sokongan rakan di tempat kerja membuat saya seronok dan bahagia dengan kerjaya ini. Apatah lagi di sini ada banyak manfaat dengan persekitaran selesa dan kondusif," katanya.

Malah, beliau berhasrat memandu lori dengan membawa muatan lebih besar jika diberikan peluang nanti.

Noraini berkata, rutin pekerjaannya setiap hari bermula pada jam 6 pagi apabila perlu membuat pengasingan bungkusan dan menyusun segala dokumen sebelum keluar membuat penghantaran sehingga selesai.


Noraini sentiasa mendapat sokongan suami untuk memajukan diri sebagai pemandu kenderaan berat. - Foto ihsan Noraini

"Kebiasaannya saya akan mengambil masa sehingga empat jam untuk membuat penghantaran, kemudian pulang tempat kerja saya akan melakukan kerja-kerja lain sebelum pulang ke rumah, pada jam 6 petang.

"Sepanjang tujuh bulan bekerja belum berhadapan cabaran besar dan dapat dilakukan dengan baik terutama di tempat kerja saya ini semangat kerjasama antara kami sangat tinggi.

"Kami dilatih menepati masa dan pantas bertindak dalam menangani masalah yang kesemuanya mampu di atasi dengan baik," katanya.

Noraini berkata, menariknya bekerja di sini tidak wujud diskriminasi antara pekerja wanita dan lelaki hingga menjadikan suasana pekerjaannya sangat menenangkan.

"Pada mulanya agak bimbang menjadi pemandu lori, tetapi perasaan itu lama-kelamaan hilang kerana industri khususnya logistik memberi peluang kepada wanita mengendalikannya tanpa sebarang keraguan.

"Jadi, wanita di luar sana tidak perlu takut menceburi bidang yang dipelopori lelaki kerana apa saja lelaki buat, wanita juga mampu buat.

"Wanita harus diberi peluang dan harus berani bersuara. Jika tidak puas hati tampil dan nyatakan dengan jelas serta bersikap profesional," katanya.

Menceritakan pengalaman bekerja ketika pandemik COVID-19, Noraini berkata, dia lega kerana ketika sektor lain terhimpit, namun dirinya masih lagi boleh bekerja seperti biasa memandangkan logistik dikategorikan sebagai keperluan.

"Syarikat saya juga menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang agak ketat untuk mengurangkan interaksi antara pekerja bagi mengelakkan penularan.

"Mujur semuanya dalam keadaan baik, apatah lagi logistik memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan semua barang dan dokumen pelanggan tiba pada masa ditetapkan," katanya.

Impiannya dalam tempoh lima tahun akan datang akan dapat bekerja dalam industri logistik ini.

"Ketika ini, saya memandu lori satu tan dan berharap saya dapat memandu lori bermuatan lebih besar kerana itu impian yang saya tunggu," katanya.
https://www.bharian.com.my/wanit ... u-lori-muatan-besar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049088 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list