CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pelajar cemerlang SPM dihadiahkan motosikal

[Copy link]
Post time 16-6-2022 02:53 PM | Show all posts |Read mode

Nur Tasnim Mohd Fadzli, 18, (depan tiga dari kiri) mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bergambar bersama rakan-rakannya yang turut mendapat keputusan cemerlang pada Majlis Penyerahan Keputusan SPM di Sekolah Menengah Agama (SMA) Daeratul Maarifil Wataniah di sini. FOTO DANIAL SAAD

Kepala Batas: Seorang pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Daeratul Maarifil Wataniah di sini, tidak menyangka menerima hadiah motosikal daripada sebuah kelab permotoran selepas memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nur Tasnim Mohd Fadzli, 18, yang turut diumum sebagai pelajar cemerlang sekolah berkenaan berkata, pada peperiksaan percubaan SPM, dia hanya memperoleh 4A.

"Saya terkejut apabila nama diumum memperoleh 10A malah tidak menyangka dihadiahkan pula motosikal.

"Syukur dengan rezeki ini dan saya akan ambil lesen untuk gunakan motosikal bagi tujuan menyambung pengajian," katanya selepas majlis penyerahan keputusan SPM sekolah berkenaan hari ini.

Nur Tasnim yang menetap di Kampung Baru, Pokok Sena ditemani bapanya, Mohd Fadzli Abdul Rahman, 49, dan ibunya, Mariyatulkhetiah Mohamad, 47.

Jelasnya, bukan mudah untuk belajar ketika pandemik Covid-19 melanda malah proses pembelajaran menjadi amat sukar.

"Belajar di rumah dengan sekolah sangat berbeza kerana ada pelbagai gangguan. Saya juga terpaksa berkongsi gajet dengan adik-adik.

"Apabila beralih ke fasa endemik, memang saya belajar habis-habisan, buat latihan, tanya guru, pergi tuisyen dan belajar dengan kawan-kawan. Ia amat berbaloi," katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia bercita-cita menjadi pensyarah dan mahu melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang syariah bagi mengikut jejak langkah abangnya.

Sementara itu, wakil kelab motosikal 'Nothern Pulsar Crew' (NPC), Mohd Akmal Rosli berkata, pihaknya berharap pemberian motosikal itu dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk Nur Tasnim lebih berjaya dalam kehidupan.

"Selaku pengarah projek program ini, saya bersama kumpulan membuat perancangan sejak tahun lalu bagi mencari penaja sebelum membuat tempahan motosikal sekitar Mac.

"Inisiatif ini diambil sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kelab permotoran kami yang terhenti selama dua tahun ekoran Covid-19," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hadiahkan-motosikal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 03:20 PM | Show all posts
Tahniah adik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055065 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list