CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1398|Reply: 1

Britney anggap hari perkahwinan luar biasa

[Copy link]
Post time 12-6-2022 02:28 PM | Show all posts |Read mode

Entri dimuat naik Madonna pada Instagram (IG) ketika meraikan majlis perkahwinan Spears, baru-baru ini. Foto IG Madonna

LOS ANGELES: Entri dimuat naik bintang pop sensasi, Britney Spears, 40, di Instagram (IG) mengenai perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Sam Asghari, 28, pada majlis tertutup di kediamannya di Thousand Oaks, California, menggembirakan peminat.

Ini adalah perkahwinan ketiga buat penyanyi yang mula meledak menerusi lagu Oops! I Did It Again itu.

Pada majlis itu, Britney tampak anggun mengenakan gaun pengantin rona putih gading rekaan Versace.

Kelmarin, Britney berkongsi mengenai majlis perkahwinannya di IG dan menyifatkannya sebagai cukup istimewa.


"Ia adalah hari yang sangat luar biasa. Sejak awal pagi lagi, saya sudah gementar dan terkena serangan panik.


Spears berkongsi foto perkahwinannya bersama Sam di Instagram (IG). Foto IG Britney Spears

"Kemuncaknya adalah pada jam 2 petang apabila kami akhirnya berkahwin," luahnya.

Menerusi hantaran sama, Spears merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam membuat persiapan majlis gilang-gemilang itu.

"Sebuah acara yang sangat diimpikan diiringi pesta yang cukup meriah," katanya.

Sementara itu, sehari sebelum upacara perkahwinan berlangsung, polis menahan bekas suami Spears, Jason Alexander atas dakwaan membuat kecoh pada majlis itu, lapor agensi.

Susulan kejadian itu, penduduk kawasan terbabit menghubungi Timbalan Sheriff Ventura Country untuk mengambil tindakan.

Menurut laporan agensi, suspek ditahan dua pengawal keselamatan ketika cuba menceroboh kediaman penyanyi tersohor itu.

Spears berkahwin dengan Alexander pada 2004. Namun, ikatan itu hanya bertahan 55 jam sebelum mereka mengambil keputusan bercerai.

Perkahwinan kedua Spears bersama penari, Kevin Federline, pada 2004 juga berakhir dengan perceraian, setahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Preston, 16, dan Jayden James, 15. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/hibur ... kahwinan-luar-biasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 01:32 PM | Show all posts
Britney Speara needs to be in a mental asylum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.042615 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list