View: 1992|Reply: 7
|
Selepas kantoi curang,suami menyesal body shaming isteri hingga isteri stress meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 3-6-2022 08:26 AM
Sewaktu kita hidup hargailah insan di sekeliling kita terutama pasangan masing-masing kerana apabila mereka sudah tiada nanti tidak rasa menyesal.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang lelaki mengenai sahabat baiknya yang kesal kerana menyakiti hati arwah isteri ketika hayatnya.
Menerusi perkongsian di Facebook itu, lelaki itu berkata rakannya dikenali sebagai Zack meluahkan rasa kesal kerana dua bulan sebelum isterinya meninggal dia pernah kantoi mesej dengan wanita lain.
Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.”
“Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?”
“Macam ni bro,
“2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal.
Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku,” katanya.
Tidak tahan dimarahi isterinya, Zack melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati kepada isterinya serta merendahkan arwah.
“Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising². Aku pun terus lah cakap.
“Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol,” katanya.
Selepas kejadian itu, Zack menyedari isterinya banyak berdiam diri dan tidak lagi ceria seperti selalu.
Zack menyangkakan mungkin isterinya sangat terasa dengan kata-katanya itu sehinggalah pada suatu hati sebelum ditidurkan isterinya sempat memohon maaf dan meminta suaminya itu menghalalkan segalanya.
Bagaimanapun, Zack berkata dia sempat meminta maaf kepada isterinya namun dia lebih sedih dan menyesal dengan penghinaan yang dilakukannya selepas menggodek telefon bimbit milik isterinya.
Zack berkata dia melihat pada bahagian search di YouTube dan mendapati isterinya membuat carian tentang cara-cara untuk menurunkan berat badan.
Lebih sebak, Zack berkata di troli Shopee milik isterinya pula penuh dengan produk untuk kurus namun tidak mampu membeli kerana ddirinya sebagai suami tidak memberikan duit untuk membeli barangan berkenaan.
Dalam pada itu, Zack turut meminta rakannya itu berkongsikan kepada orang ramai tentang kisahnya itu supaya dapat dijadikan iktibar kepada lelaki lain supaya lebih menghargai isteri ketika mereka masih ada.
SUMBER: FB ViralMediaMalaya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jantan mmg x guna, x pernah nk sedo diri... babi bahalul |
|
|
|
|
|
|
|
takde duit nak beli produk bagi laa, bila ada duit kita nak g makan sedap2, pastu nak pegi kedai emas |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke cerita ni. Entah2 hasanah |
|
|
|
|
|
|
|
nak2 plak kalau jantan tu sendiri pun gemuk gedompol..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Menipu je..calon pun dah ada pinggang ramping lagi sure tak sedih mananya. |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk nak isteri cantik tp tak nak keluarkan modal.. |
|
|
|
|
|
|
|
padahal dlm hati hmm good riddance! silap2 hasanah je ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|