View: 1338|Reply: 7
|
“Ingat Allah Tak Pandang Kisah Silam Kita” - Hijrah Lelaki Transgender Raih Perhatian Ramai
[Copy link]
|
|
Sumber: Tiktok Nickalishhh
Untuk pengetahuan semua, isu golongan transgender di Malaysia bukanlah perkara baru yang kita dengari. Isu golongan ini sering menjadi pendebatan antara ahli-ahli agama kerana semakin ramai golongan Mak Nyah atau pondan berani mencabar untuk mengamalkan budaya yang bertentangan agama Islam.
Namun, sesunguhnya hidayah itu milik Allah. Kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran kerana sesiapa sahaja boleh berubah ke arah kebaikan. Sama seperti kisah lelaki ini yang pernah menjadi transgender.
Baru-baru ini, tular video seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Nickalishhh. Menerusi posting itu, lelaki terbabit akui dia pernah melalui kehidupan sebagai seorang 'pondan' selama bertahun-tahun. Namun, dia kini sedang istiqomah untuk mengubah cara hidupnya sebagai seorang lelaki.
Menurut lelaki ini, dia sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk berubah kembali kepada fitrah. Tambahnya, Tuhan tidak akan pandang kisah silam sekiranya seseorang itu betul-betul berubah ke jalan yang diredhaiNya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata sokongan kepada lelaki ini. Ramai juga yang mendoakan agar lelaki ini kuat dan sentiasa istiqomah. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar content demi sesuap like. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon pondan2 dan adik2 buat konten mcm ni dan terus dpt hidayah dan berubah. AAmin |
|
|
|
|
|
|
|
Sapi ilias dulu pun mcm ni. Segenap ceruk netizen pun memuji ujung2 kena scam jah netizen malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba teringat sapi ilias |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia dah macam alha alfa dah
sama clinic ke |
|
|
|
|
|
|
|
toksah la bertiktok bagai kalau betul2 nk berubah.. byk dugaannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kisah ponder sampah sumber socmed pulak, mati dulu dlm keadaan sama baru aku caya. kalau yg hidup lagi ni kejenya nak tunggang agama tujuan minta support produk sampah! |
|
|
|
|
|
|
| |
|