CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LLM

CERITA PANJANG SIKIT AJE: Sepi (kisah cinta seorang pembekal mangkuk jamban)

 Close [Copy link]
Post time 27-9-2010 08:50 PM | Show all posts
aku sungguh terharu...huwaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2010 11:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by LLM at 27-9-2010 23:36

SAMBUNGAN

27 NOVEMBER 2025

Adam duduk seketika di pusara Elena setelah hampir semua orang beredar dari majlis pengkebumian Elena. Lidahnya kelu. Terlalu kelu untuk berkata apa-apa.

Syafik, Liza, Ai Ling, Alice, Michael dan Thomas yang masih berada di situ semuanya mampu terdiam dan tidak tahu apa yang boleh mereka buat untuk meredakan perasaan sedih Adam yang begitu keterlaluan. Mereka semua juga berasa kesedihan yang terlalu mendalam.

Alice dan Ai Ling cuma mampu menepuk-nepuk bahu Adam untuk menenangkannya.

Syafik cuba bercakap kepada Adam. 'Adam, kau bawak bersabar, ya? Elena dia tidak mati sia-sia. Dia mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan budak itu dari dilanggar lori tu. Itulah sifat Elena, sanggup berkorban untuk menolong orang yang dalam kesusahan. Ramai orang akan sentiasa mengingatinya'

Adam bingkas bangun untuk beredar. 'Adam..where are you going?' tanya Alice dengan perasaan risau. Liza pun bertanya juga 'Kau nak ke mana?'

Adam menjawab dengan pendek 'Rokok aku dah nak habis, tinggal sebatang aje. Aku nak pergi kedai beli sepeket Dunhill Lights. Lepas tu aku nak balik tidur'

Dia memandang ke arah kawan-kawannya dengan sayu 'Catch you later guys' dan terus menghala ke sebuah kedai runcit berdekatan dengan kawasan perkuburan.

Kawan-kawannya tidak menduga sama sekali pada hari itu yang mereka tidak akan berjumpa dengan Adam lagi untuk selama 2 tahun. Dia membawa dirinya untuk menyepi..

Adam tersentak dari ingatan lampaunya. Dia dalam keadaan lemah melihat sekeliling bilik wadnya dan memandang ke arah Elena dan kawan-kawan mereka.

Hati kecilnya bersuara 'Temanku, kekasihku, syurgaku'..

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 12:00 AM | Show all posts
nak lagiiii.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 01:23 AM | Show all posts
SAMBUNGAN

Adam dengan perasaan bercampur-baur berkata kepada Elena, 'Awak, saya...saya lepaskan awak..pergilah kembali ke alam awak. Memang sudah pasti suatu hari nanti saya akan ikut awak, ke alam itu. Kami semua akan pergi ke awak juga. Awak, maafkan saya kerana tidak mahu melepaskan awak. Elena..selamat tinggal untuk kali terakhir..'

Selesai sahaja Adam berkata, air mata Elena berhenti mengalir. Dia kelihatan lebih tenang. Dia memandang ke arah Adam, ke arah Alice, ke arah Ai Ling, ke arah Liza, ke arah Syafik, ke arah Michael, ke arah Thomas dan akhirnya, sambil membebel sendirian memberi penilaian kritikal, ke arah langsir tingkap bilik wad Adam yang begitu tidak sesuai dan buruk kualiti tenunannya.

'Guys, look after him please. Jangan biarkan dia sepi lagi' kata Elena kepada kawan-kawannya sambil memberi senyuman yang bermakna kepada Alice. Alice yang mengerti maksud senyuman Elena, menganggukkan kepala dan membalas senyumannya sambil memegang erat tangan Adam.

Dengan beransur-ansur Elena hilang dari pandangan mereka semua buat selama-lamanya.

Kawan-kawan Adam mengerumuni katil Adam. 'Adam, kau tak perlu bersepi lagi. Kami semua akan jaga kau sehingga kau sembuh kembali' ujar Michael dengan perasaan terharu.

'Betul tu, Adam. We'll look after you and help you to recover' sambung Ai Ling dengan air mata gembira.

Adam tidak berkata apa-apa. Tetapi memang jelas, dia kelihatan semakin tenang dan bertenaga kembali.

Hati kecilnya bersuara 'Hari berganti bulan berganti tahun. Kita masih berdiri. Biarkan dia pergi.'

EPILOG

Sebulan selepas peristiwa itu, Thomas, Michael, Ai Ling dan Alice berpindah buat sementara ke rumah Adam untuk menjaganya sehingga sembuh dan menolongnya menjaga kucing-kucing dan arnab Elena.

Syafik dan Liza yang sudah selamat diijabkabulkan juga kerap menjenguk Adam.

Mat fit penjual judi tikam itu pula berhenti mengganggu Adam, setelah kepalanya disekeh oleh Ai Ling ketika cuba untuk menjual judi tikam kepadanya.

Dan Yang Mulia Almarhumah Raja Elena Tuanku Ali terus bersemadi dengan tenang dipusaranya..

TAMAT
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:10 AM | Show all posts
Reply 84# LLM


    syukur segala berakhir dengan tenang....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 12:08 PM | Show all posts
Nape mesti Tamat

Hahahaha...tq LLM... cite baru pls...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2010 03:57 PM | Show all posts
dah tamat

Mat fit penjual judi tikam itu pula berhenti mengganggu Adam, setelah kepalanya disekeh oleh Ai Ling ketika cuba untuk menjual judi tikam kepadanya.


tiba2 interpreme lak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 07:00 PM | Show all posts
Seperti biasa citer LLM dengan kesengalannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2010 09:48 AM | Show all posts
TQVM LLM
{:1_147:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.057253 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list