Satu sumber mendakwa Payne dan Henry sudah sebulan putus tunang.
HUBUNGAN pertunangan antara penyanyi Liam Payne dan Maya Henry dikatakan sudah berakhir dan ini merupakan kali kedua mereka berpisah.
Satu sumber mengesahkan hal tersebut seperti dipetik dari People yang memaklumkan Payne dan Henry sudah tidak bersama sejak sebulan lalu.
Bagaimanapun ramai dalam kalangan peminat yang masih keliru kerana baru-baru ini Henry dilihat membalas komen di media sosial seakan-akan menidakkan khabar tersebut.
"Berhenti berkongsi gambar tunang saya memeluk wanita lain. Itu bukan saya. Cukuplah saya mengetahui hal sebegitu," komen Henry.
Payne yang merupakan bekas anggota kumpulan One Direction mula menjalinkan hubungan cinta dengan Henry pada September 2019 dan bertunang pada Ogos 2020.
Sekitar Jun tahun lalu Payne memaklumkan hubungan mereka berakhir namun mereka kembali dilihat bersama dua bulan kemudian.