CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua pasangan suami isteri antara ditahan disyaki terlibat kes dadah

[Copy link]
Post time 23-5-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Dua pasangan suami isteri antara ditahan disyaki terlibat kes dadah
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 23 Mei 2022




Mohd Shukhairy (dua, kanan) menunjukkan syabu yang dirampas daripada sindiket dadah dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, pada Isnin.


GEORGETOWN - Dua pasangan suami isteri antara enam yang ditahan dalam operasi dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang di sekitar kawasan Seberang Perai, pada Rabu lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Shukhairy Abd Sabhe berkata, tangkapan dibuat dalam tiga serbuan berasingan sebelum berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM298,332.


Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di tepi jalan di kawasan hentian rehat dan rawat (R&R) Sungai Bakap dan polis menahan seorang pemandu van berusia 38 tahun bersama enam bungkusan berisi dadah jenis syabu seberat 6,211 gram bernilai RM223,596.


"Hasil soal siasat dilakukan terhadap suspek pertama yang dipercayai ketua sindiket membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Bukit Tengah dan menahan dua pasangan suami isteri berusia dari 36 hingga 64 tahun.


"Empat yang ditahan itu terdiri daripada pasangan suami isteri serta anak dan menantunya bersama dua bungkusan syabu seberat 2,076 gram bernilai RM74,736," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini, pada Isnin.


Mohd Shukhairy berkata, serbuan terakhir dilakukan di sebuah rumah di Taman Bagan, Butterworth dan menahan seorang lagi wanita warga tempatan dipercayai ahli sindiket itu.


Beliau berkata, hasil risikan mendapati aktiviti sindiket berkenaan sudah bergiat aktif sejak Mei tahun lalu dan dijual bagi pasaran tempatan.


Mengulas lanjut Mohd Shukhairy berkata, ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek berusia 36 hingga 64 tahun itu didapati negatif dadah dan seorang daripadanya mempunyai rekod lampau membabitkan dadah.


Katanya, empat daripadanya direman selama enam hari sehingga 24 Mei manakala dua lagi direman tujuh hari sehingga 25 Mei bagi membantu siasatan.


"Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 iaitu sebanyak empat kenderaan dan barang kemas turut disita.


"Keseluruhan rampasan dadah dan nilai sitaan adalah berjumlah RM417,536.26 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -terlibat-kes-dadah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.030547 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list