CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua kapal bawa muatan kayu padauk dari Myanmar ditahan

[Copy link]
Post time 21-5-2022 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Dua kapal bawa muatan kayu padauk dari Myanmar ditahan
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 21 Mei 2022




Dua buah kapal barter trade dari Myanmar yang ditahan pada petang Jumaat. (Gambar kecil: Penguat kuasa Maritim Pulau Pinang membuat pemeriksaan ke atas salah sebuah kapal barter trade yang membawa kayu paduak dari Yangon, Myanmar.)


GEORGETOWN - Dua buah kapal 'barter trade' dari Myanmar ditahan selepas gagal mempamerkan dokumen kapal serta insuran ketika pemeriksaan dilakukan pada Jumaat.


Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kedua-dua kapal tersebut ditahan pada jam 6.50 petang dan 6.55 petang di kedudukan 0.8 batu nautika barat laut Pelabuhan Pulau Pinang.


Menurutnya, pemeriksaan mendapati, kapal dengan tanda nama THITDI AUNG 3 dan DANA THIDI 9 itu didaftarkan di Yangon.


"Kapal THITDI AUNG 3 dikendalikan sembilan kru termasuk nakhoda manakala kapal DANA THIDI 9 dikendalikan lapan kru termasuk nakhoda.


"Kesemua mereka berusia lingkungan 22 hingga 64 tahun itu merupakan warga Myanmar dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.



Seramai 17 kru kapal ditahan untuk siasatan lanjut.


Jelasnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua kapal tersebut membawa muatan kayu padauk dari Yangon, Myanmar ke Pelabuhan Pulau Pinang.


"Kedua-duanya disyaki melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu gagal mengemukakan dokumen bot serta insuran ketika diminta oleh pegawai Maritim Malaysia.


"Kedua-dua nakhoda beserta dua kru kapal tersebut telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.


Tambahnya, Maritim Pulau Pinang akan terus mempertingkatkan pemantauan dan rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.


Orang awam diminta agar bekerjasama dalam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ari-Myanmar-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037264 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list