CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3349|Reply: 19

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Gambar Adik-beradik, Netizen Puji "Doktor Yang Paling Kacak"

[Copy link]
Post time 17-5-2022 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Instagram Dato’ Dr Sheikh Muszaphar




Baru-baru ini Dato’ Dr Sheikh Muszaphar iaitu angkasawan negara kita telah berkongsikan beberapa keping gambar  beliau bersama adik-beradiknya. Untuk pengetahuan semua,  Dato’ Dr Sheikh mengatakan bahawa dia mempunyai 5 orang adik-beradik dan semuanya ialah lelaki. Menerusi posting itu, beliau telah berkongsian sedikit kisah tentang keluarganya.


Dato' Dr. Sheikh telah berkongsikan nama adik-beradiknya iaitu Sheikh Ahmad, Sheikh Taufik, Sheikh Mustapha dan Sheikh Arwiz. Menurut Dato', sejak dari dahulu lagi ibunya berkeinginan besar untuk mempunyai anak perempuan namun tiada rezeki.


Sumber: Instagram Dato’ Dr Sheikh Muszaphar







Tambah Dato’, dua orang abangnya dan dirinya sendiri telah dilahirkan selang setahun dan semua dilahirkan pada bulan Julai. Unik kan? Manakala 2 orang adiknya berbeza umur di antara 2 hingga 3 tahun. Walaupun adik-beradik Dato' kini sudah berumur lewat 40-an dan awal 50-an, mereka semua kelihatan segak dan berkarisma tinggi.


Kata Dato', walaupun ibu dan ayahnya hanya mempunyai 5 orang anak lelaki, namun kini ibu kepada Dato' sudah mempunyai 14 orang cucu dan enamnya merupakan anak kepada Dato' Dr. Sheikh Muszaphar.


Sumber: Instagram Dato’ Dr Sheikh Muszaphar







Dato' juga sempat memberikan nasihat kepada suami di luar sana agar memberi peluang kepada si ibu untuk 'berehat' dan mengamalkan perancangan keluarga supaya dapat mengekalkan kualiti hidup kepada ibu dan anak-anak itu. Sekurang-kurangnya setiap anak lahirkan jarak 2 tahun.  


Walaupun posting itu dibuat untuk memberi nasihat kepada keluarga di luar sana, namun para peminat Dato' Dr Sheikh Muszaphar telah mengambil peluang itu untuk memuji wajah Dato' yang tampan dan nampak begitu muda walaupun umurnya sudah 50 tahun.  


Sumber: Instagram Dato’ Dr Sheikh Muszaphar







Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak lagi-lagi apabila jarak umur anak kita hanya berbeza setahun. Moga kita semua dapat menjadikan nasihat Dato' sebagai langkah untuk memastikan kualiti kehidupan yang baik kepada isteri dan anak-anak kita.  -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2022 01:39 PM | Show all posts
Yang meninggal dulu mana 1?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:42 PM | Show all posts
mmg goodlooking heols ni. 2nd hensem iols rasa yg pakai blazer biru lari tema tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:51 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 17-5-2022 01:42 PM
mmg goodlooking heols ni. 2nd hensem iols rasa yg pakai blazer biru lari tema tu.

dia goodlooking sebab grooming dari dulu .. brothers dia yg lain tu kalau grooming pun goodlooking jugak tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee: Yang meninggal dulu mana 1?
yang xpakai tie.. anak no 4/5 adik bradik
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:50 AM | Show all posts
tak hensem tak jadi anak ikan chef... ehehehehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
gold_teeth replied at 17-5-2022 02:43 PM
yang xpakai tie.. anak no 4/5 adik bradik

Ni pic lama lah kiranya ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 18-5-2022 10:50 AM
tak hensem tak jadi anak ikan chef... ehehehehehehe

Seriously?? Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 03:13 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 18-5-2022 10:50 AM
tak hensem tak jadi anak ikan chef... ehehehehehehe

wah wahhh ahhaahah reallyyy??
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 18-5-2022 10:55 AM
Ni pic lama lah kiranya ?

Btol pic lama.. pic ni die add dlm buku angkasawan die. Adik yg ni yg masa meninggal in progress tgh hasilkan buku psl pengembaraan dia tu, so sms ni continue jela
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg hensel pun.. pernah lah crush terbayang siang malam kuikuikui.. nsb baik xjd laki.. xleh nak bygkan penat preggy n pastu kene pressure preggy again n again..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
gold_teeth replied at 19-5-2022 07:59 AM
Btol pic lama.. pic ni die add dlm buku angkasawan die. Adik yg ni yg masa meninggal in progress t ...

Yg tu terhantuk tiang letrik kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 19-5-2022 07:20 PM
Yg tu terhantuk tiang letrik kan ?

Haah terhantuk or rsnya tiang /something jatuh atas kepala mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang pakai tie putih Instructor MAS sekejab ajar safety.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 17-5-2022 01:42 PM
mmg goodlooking heols ni. 2nd hensem iols rasa yg pakai blazer biru lari tema tu.

Biasanya dlm adik badik mmg akan ada sorang yg paling helok.
Biasanya yg paling helok tu mmg menyerlah la sikit drpd lantas menjadi retis ke apa.
Tgk saja artis dan adik badik mereka biasanya mmg hat jadi retis lebih menyerlah drpd lain selain rupa paras yg helok bentuk badan dan juga menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 22-5-2022 11:34 AM
Biasanya dlm adik badik mmg akan ada sorang yg paling helok.
Biasanya yg paling helok tu mmg menye ...

Contoh Kim Kardashian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa muda handsome
Sekarang dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
banding dgn adik bradik mmg lar dia plg hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 08:46 AM | Show all posts
Suchi replied at 22-5-2022 11:34 AM
Biasanya dlm adik badik mmg akan ada sorang yg paling helok.
Biasanya yg paling helok tu mmg menye ...

agree chuols!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua menjadi kemenjadiannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.385069 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list