View: 527|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Rasuah: Penguat kuasa KPDNHEP direman
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/14hmrms1_1652505337.jpg)
PENOLONG pegawai penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang diiringi anggota SPRM ke Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini. FOTO Danial Saad.
Georgetown: Penolong pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM3,000.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) G Jayaraj di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Difahamkan, penolong pegawai berusia 48 tahun itu ditahan di Bayan Baru, lewat petang semalam, selepas didakwa menerima wang suapan daripada pengadu sebagai balasan untuk tidak mengenakan kompaun bagi kes yang dalam siasatan KPDNHEP Pulau Pinang.
Kegiatan rasuah didakwa berlaku sejak tahun lalu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asa-kpdnhep-direman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|