View: 2585|Reply: 3
|
Wyclef sedia mati demi rakyat Haiti
[Copy link]
|
|
PORT-AU-PRINCE: Bintang hip-hop, Wyclef Jean berkata ancaman bunuh terhadap dirinya tidak akan meng-halangnya daripada terus bertanding bagi merebut jawatan presiden di negara asalnya, Haiti.
Mereka anggap saya mengancam kedudukan dan cita-cita mereka. Saya tidak akan mengalah. Hasrat saya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat Haiti, dan ancaman bunuh serta ugutan tidak akan menghalang saya, katanya.
Majlis wilayah Haiti dijangka akan mengesahkan senarai calon yang memenuhi syarat perundangan untuk bertanding dalam pilihan raya 28 November depan, bagi memilih pengganti kepada Presiden Rene Preval.
Penyanyi dan pencipta lagu berusia 40 tahun itu berkata beliau menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali yang mengancam untuk membunuhnya kecuali beliau meninggalkan Haiti. Beliau kemudian menyembunyikan diri dan tidak keluar di khalayak awam selama dua hari.
Ramai yang mati sebelum saya. Jika saya perlu mati untuk rakyat Haiti dan golongan remajanya, saya bersedia mati kerana mereka, kata Jean.
Beliau begitu popular di negara Caribbean yang miskin itu, yang berusaha untuk pulih daripada gempa bumi dahsyat pada 12 Januari lalu yang mengorbankan 300,000 orang dan memusnahkan sebahagian besar daripada ibu negaranya, Port-au-Prince.
Undang-undang di Haiti mengenakan syarat calon bertanding hendaklah tinggal di Haiti selama lima tahun berturut-turut, selain syarat lain. REUTERS |
|
|
|
|
|
|
|
celebriti yang berhati mulia... |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnyer si wycleaf nih tak membesar kat haiti.........dia lahir jer kat situ tapi membesar kat new york.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|