View: 378|Reply: 0
|
Skuad B-23 ada elemen kejutan
[Copy link]
|
|
SKUAD B-23 gigih menjalani latihan semalam.
Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara mempunyai elemen yang mampu melakukan kejutan di Sukan Sea Hanoi 2021.
Menurutnya, daripada persembahan peringkat kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia dan sehingga ke hari ini skuad bimbingan Brad Maloney itu jelas sekali mempunyai elemen berkenaan.
"Pasukan ini ada ciri-ciri untuk boleh membuat kejutan ataupun berjaya di Sukan Sea, InsyaAllah. Tetapi di dalam bola sepak ini kita perlu berusaha dan kita berharap pasukan ini akan berjaya, saya ada keyakinan dekat situ," katanya ketika ditemui di Majlis Makan Malam Bersama Media di sini semalam.
Ujar Hamidin, beliau sudah sedia maklum dengan perancangan Maloney di Hanoi yang mahu membariskan semua pemain B-23.
"Maloney menyatakan kepada saya dia nakkan pemain daripada B-23 tahun ini pergi (ke Sukan Sea) supaya persediaan untuk ke Uzbekistan lebih lengkap. Ini kerana sasaran kita pun di Piala Asia B-23 adalah mustahak, dimana 16 pasukan terbaik akan bermain, dan Sukan Sea adalah salah satu medan untuk mereka membuktikan sesuatu," katanya yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Tambah Hamidin beliau selalu mengingatkan kepada pemain dan pasukan bahawa kejohanan berbentuk temasya adalah sangat panjang dan perlu menghadapi satu demi satu perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -ada-elemen-kejutan |
|
|
|
|
|
|
| |
|