CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

Hodak puji benteng KL City

[Copy link]
Post time 11-5-2022 04:10 PM | Show all posts |Read mode

J PARTIBAN (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak memuji barisan pertahanannya yang tampil lebih kemas apabila meraih kemenangan 3-2 ke atas Penang FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, di sini, semalam.

Jelas Hodak, berbanding dua aksi Liga Super sebelum ini, tonggak pertahanan sering melakukan kesilapan mudah hingga menyebabkan skuad The City Boys tewas kepada Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC dengan keputusan sama 2-1.

Ujarnya, kehadiran semula Kenny Pallraj yang tidak beraksi sebelum ini dilihat berjaya membawa keseimbangan di benteng pertahanan.

"Kami perlu perbaiki bahagian pertahanan dan saya rasa serangan kita agak baik dari awal dan nampak lebih mencengkam, cuma pertahanan kita ada hilang tumpuan. Kita nampak Kenny yang tak main sebelum ini, tapi apabila diturunkan dia tak buat apa-apa kesilapan. Situasi itu berbeza dengan barisan pemain sebelum ini yang seolah terlupa untuk buat apa yang patut," katanya.

KL City meraih gol pertama menerusi J Partiban pada minit ke-42 sebelum Romel Morales dan Zhafri Yahya menambah gol kedua dan ketiga di minit 54 dan 77.

Ketinggalan 3-0 tidak melemahkan semangat pemain Penang FC apabila cuba bangkit menerusi sepakan penalti Endrick dos Santos (m79) dan Hilal El Helwe (m86).

Sementara itu, pengendali sementara skuad Harimau Kumbang, Manzoor Azwira mendedahkan tumpuan pemain sedikit terjejas susulan pemecatan mengejut ketua jurulatih, Thomas Trucha sebelum perlawanan.

Namun anak buahnya cuba melupakan dan sedaya upaya memberi saingan sengit kepada KL City.

"Saya lebih nak cakapkan bila situasi itu (Trucha dipecat) berlaku perkara yang di luar jangka, di situ ada satu keadaan dari segi mental pemain itu ada sedikit terjejas. Tapi saya lihat dan persiapan pasukan untuk dengan KL City ini, memang lebih kepada persediaan mental dan psikologi pemain. Jadi saya rasa benda itu agak berjaya dan pemain berjaya untuk beri tentangan hingga akhir permainan," kata Manzoor.

Terdahulu, Trucha menjadi mangsa jurulatih kedua dalam saingan Liga Super musim ini yang dipecat susulan aksi longlai Penang FC di awal musim.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uji-benteng-kl-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038635 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list